ad ld

Sunday, October 31, 2010

(Gambar) Lori Rempuh 3 Kereta Di Jln Raja Nazrin Shah, 1 Maut 6 Cedera

IPOH 30 Okt. – Seorang pemandu lori maut manakala enam lagi cedera apabila sebuah lori merempuh tiga buah kereta dalam kemalangan di Jalan Raja Nazrin Shah, Kampung Kepayang berdekatan Taman Seri Raia, Simpang Pulai, malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Lai Fa, 63, beralamat di Persiaran Bercham Timur, di sini. Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Nahas Bas KM 38: Pemandu Bas Disahkan JPJ Tiada Lesen Memandu

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah berhampiran susur ke Genting Highlands dekat sini malam tadi, disahkan tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa pemandu berusia 40-an itu tidak mempunyai lesen memandu selepas membuat semakan.

(Video) 3 Gol Final Piala Malaysia 2010 Kelantan vs Negeri Sembilan

Salam di pagi ahad yg ceria.. Mari kita pakat tgk video gol dlm final Piala Malaysia 2010 Kelantan vs Negeri Sembilan semale deh.


Mulo2 gol penalti Shahrulain minit ke 13.


Pahtu masuk 2nd half, Kelate sumbat gol bakar semangat dgn tandukan Hairuddin Omar.


Maka, sejarah tercipta utk Kelate dlm senarai Juara Piala Malaysia bila Pia a.k.a Badri Radzi sumbat gol kemenangan The Red Warriors.


Tahniah The Red Warriors!!! Ambo tupe rasa bangga.. (Sedak klu duk Kelate cuti free hari ni huhuhu)...

Video Gol Kemenangan Kelantan Piala Malaysia 2010 - Pia (Badri Radzi)

Video Gol Kemenangan Kelantan Piala Malaysia 2010:

Jaringan Badri Radzi.



Gomo Kelate Gomo!!!!

Tahniah Team The Red Warriors.. Terharu tgk mereka sujud syukur sebaik tamat perlawanan rai kemenangan..

--- Video 3 Gol Final Piala Malaysia Kelantan vs N.Sembilan

Saturday, October 30, 2010

Akhirnya, KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010: Kelantan 2 Negeri Sembilan 1

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010:



Kelantan 2 (Hairuddin Omar, Badri Radzi) vs Negeri Sembilan 1 (Shahruain) penalti

Tahniah The Red Warriors!!!

Keputusan Bolasepak Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 Kelantan vs Negeri Sembilan (1st Half)

Keputusan Bolasepak Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 (Separuh Masa Pertama) :

Kelantan 0 vs Negeri Sembilan 1 (Penalti) 13m

Nahas Bas KM 38: Tgk Kepala Rakan Tercabut Di Depan Mata

BENTONG – Nasib tidak menyebelahi 44 belia dari Persatuan Belia 4B Kampung Siong, Baling apabila terlibat dalam kemalangan yang berlaku lewat petang semalam.

Kejadian berlaku di Kilometer 38 Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur apabila rombongan terbabit bersama seorang pemandu bas dan pemandu kedua dalam perjalanan turun dari Genting Highlands.

Seorang mangsa yang

(Gambar) Bas Persiaran Terbalik Di Km 38 Genting Sempah Karak, 6 Maut 21 Cedera

KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands. Bas tersebut yang

Friday, October 29, 2010

(Gambar) Pelajar UiTM Koma Di ICU Dibelasah Teman Lelaki

KOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang yang bakal menamatkan pengajian Disember ini koma selepas dipercayai dibelasah oleh teman lelakinya pada 22 Oktober lalu.

Mangsa, Hizreen Ieraqueen Haberi, 21, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perbankan tidak sedarkan diri

(Gambar) Lelaki Mati Slps 10 Hari Dipaksa Minum Racun Ahli Keluarga Kekasih Di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Selepas 10 hari menanggung derita akibat dipaksa meminum racun oleh ahli keluarga teman wanitanya yang berusia 16 tahun, seorang penoreh getah akhirnya menemui ajal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

MUDA (foto) yang bertarung nyawa meninggal dunia di HSNZ semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, Muda Mohd., 27, disahkan meninggal

(Gambar) Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dlm Beg Pakaian

Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.

Siti Balqis Lari Ke Jelebu, Bukan Dilarikan Jin Ke Gunung Jerai

BESUT, 28 Okt -- Kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang mencetuskan misteri dan menarik perhatian ramai sejak lebih dua bulan, terjawab apabila beliau ditemui di rumah rakannya di Jelebu, Negeri Sembilan Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamarudin Mohd Zakaria berkata polis yang mula menyiasat kes kehilangan gadis itu, mendapati khidmat pesanan ringkas (SMS) Siti Balqis kepada ibunya dihantar dari Negeri Sembilan, dan bukan dari Gunung Jerai, Kedah.

"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenali menerusi (aktiviti) surat-menyurat sejak lima tahun lalu, iaitu Norwaniza Ramli, 19, di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.

Thursday, October 28, 2010

(Gambar) Mayat Mati Dlm Keadaan Sujud, Gunung Merapi, Mangsa Lahar



(Gambar) Gadis Tolak Cinta Disimbah Asid, 'Padan Muka Hang'

GEORGETOWN: “Pada malam kejadian, lelaki itu datang dengan menunggang motosikal dan secara tiba-tiba dia menyimbah ‘air’ ke muka saya sambil mengejek, ‘padan muka hang’ sebelum beredar.

“Saya tersentak dan terkejut apabila muka dan badan menjadi sejuk seketika sebelum bertukar panas, selain seluruh kulit bertukar menjadi hitam seakan-akan terbakar dan membengkak,” kata seorang gadis yang parah

(Gambar) Kampung Musnah Dilanda Tsunami Di Pulau Pagai Mentawai Indonesia

JAKARTA – Angka kematian akibat tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai dekat Pulau Sumatera meningkat kepada 282 orang manakala 411 lagi masih hilang, kata pihak berkuasa semalam. Tsunami itu berlaku akibat gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter.

Pihak berkuasa menyatakan beberapa bekalan seperti makanan, selimut dan khemah telah dihantar ke kawasan bencana. Bagaimanapun, air minuman bersih masih sukar untuk diperoleh dan risiko untuk mendapat penyakit kian tinggi. Beberapa buah helikopter

Matinya Paul Si Sotong Piala Dunia Afrika 2010

FRANKFURT - Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang menyebabkan para peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia 2010 mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.

Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang pernah meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.

Sotong itu

Wednesday, October 27, 2010

Dora Punya Pasal, X Makan Pun X Pe

Salam.. Spt biasa, setiap sabtu n selasa ada pasar malam kt taman ria, mmg best ada mcm2 kt situ. Dlu tiap kali gi, my hubby je nk turun, mama n hanim stay dlm kete, papa akan bli menu biasa mcm sate, burger, sosej, kopok lekor, nasi kerabu dlm masa 15 minit je. X mau sesak2 coz nti susah nk blk jln jem..Tp skang ni, cik hanim dh mcm wajib turun skali gara2 si Dora tu. Dri jauh pn mmg dh nmpk si penjual belon tu, mcm2 ada, Dora, Pooh, Spongebob, Upin Ipin n many more lah.. RM7 setiap satu...huhu..


Yg x tahan nya belon tu jangka hayat pendek je, 2-3 hari dh k.o..alahai.. Skang ni hanim siap cakap, papa x beli apa2 utk hanim pn xpe, tp janji tau bli Dora tu.. - Makan Dora je lah hanim setiap minggu klu hari pasar mlm..kui3..


Cakkk!!!!! Yuhuuu, Hanim kt sini la...hehehe...

Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi Saida yang merupakan kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terjawab apabila permohonan cerai secara baik penyanyi itu dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi tersebut bagaimanapun hanya dihadiri oleh peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan yang mewakili Saida.

SAIDA (kanan) dan Mohd. Ghazali masih mengharapkan rumah tangga merekadapat diselamatkan walaupun telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam

Saida atau

Anak Durhaka: Tumbuk Ibu Lewat Bt Persiapan Kahwin Di Terengganu

KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini.

Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja. - kosmo

(Gambar) Tsunami Di Mentawai Indonesia: 40 Mati, Lebih 300 Hilang

JAKARTA, 26 Okt (Bernama) -- Seramai 40 orang dilaporkan maut dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam.

Gambar di Mentawai slps tsunami.

Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja.

Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu. Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.

Tuesday, October 26, 2010

(Gambar) Gadis 12 Thn Maut Jatuh Dri Tingkat 6 Didakwa Terlibat Maksiat Dgn 3 Lelaki

PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.

Hidup Bwh Jambatan: Ibu Maafkan Dosa Siti Faezah

KUALA LUMPUR – Ibu kepada Siti Faezah Abu Baka bertekad untuk membawa keluarga anaknya yang sebelum ini hidup merempat di bawah jambatan di sebatang lebuh raya di sini pulang ke rumahnya di Segamat, Johor bagi memulakan hidup baru.

Siti Rohani Abdullah, 52, berkata, dia gembira kerana selepas enam tahun berpisah dengan anak keenam daripada 10 adik-beradik itu, mereka akhirnya dipertemukan dengan bantuan Biro Aduan Komuniti UMNO.

(Gambar) Kawan Kemalangan Kereta, Doakan Keselamatan Kak Ros!

Salam.. Hari ni mood sedih, ekceli since semlm. Seorg kawan mama terlibat kemalangan kt Highway Alor Setar semlm. Tgk lah kereta dia, teruk kan. Masa accident tu mmg dia dh pengsan, nasib baik ada pemandu lain yg cepat2 keluarkan dia dri kereta n padamkan api di bahagian enjin.

Ptg semlm mama gi melawat dia masa tu kt wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, sedih sgt tgk keadaan dia masih x sedarkan diri. Guna alat bantuan pernafasan, byk kecederaan di muka, bahagian patah pun 2-3 tempat.

Mlm td, mama terima sms drp ahli keluarga dia, Kak Ros dh dipindah masuk ke wad ICU. Ya Allah! Selamatkanlah sahabat ku itu. Panjangkanlah umurnya, Sembuhkanlah dia spt biasa..

-- Minta jasa baik uols turut doakan keselamatan Kak Ros. Tq.

Monday, October 25, 2010

(Gambar) Bas Ekspres Delima 10.10.10 Dipandu 120km/j - Kong

KUALA LUMPUR - Bas ekspres yang terbabit kemalangan mengorbankan 13 nyawa di km 223 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat 10 Oktober lalu, didapati dipandu 120 kilometer sejam (km/j) selepas memasuki lebuh raya itu dari tol Alor Gajah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, itu antara penemuan

Pilihanraya DUN Galas: Calon Dr Zulkefli Mohamad (PAS), Abdul Aziz Yusoff (BN)

GUA MUSANG: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menyaksikan pertarungan dua calon yang dekat di hati rakyat serta berpengalaman memberikan khidmat kepada masyarakat di Gua Musang.

Barisan Nasional (BN) memilih Abdul Aziz Yusoff, 49, iaitu pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), sebuah agensi pusat bertanggungjawab memacu pembangunan Hulu Kelantan, yang dirintis Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ketika menjadi Menteri Kewangan.

Bagaimanapun,

12 Bas Ekspres Budaya Terbakar Di Kota Bharu, Kerugian Dianggar RM6 Juta

KOTA BHARU, 24 Okt -- Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, Sabtu malam.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

"Kebakaran semua bas yang

Sunday, October 24, 2010

Sesekali Layan Pasta La Plak

Salam.. Uols masak apa hr ni ye? Mesti ada menu best kan weekend cmni..kot..hehe.. Oh ye, hari ni kat kedah mmg heboh dgn cer bola semlm beb. Maklum la gol 1-0 tu kena saat2 akhir kan, mmg frust la dorg tp mama org kelate, tumpang gembira la team Red Warriors mene kan..kui3..

Pagi td dtg aura rajin nk bt breakfast lbh skit, bleh bawak utk kengkawans ofis skali. Bukan pe pun, just pasta biasa je.  U see? hehe..

Blom expert lg masak2 pasta ni, bru proses belajar katakan..ahaks.. Tp tgk my hubby n hanim telan ok je stakat ni, last week pn dh bw skit utk breakfast kt ofis then ada ofismate yg try makan, x cukup la plak.. Maybe kebtulan dorg tgh lapar kot..

So pg ni masak lbh skit utk bw ke ofis, ada la rezeki utk kengkawans ye. Tgk tu, pepagi satu kuali masak u..huhu..

Kenapa ada 3 bekas ekk? 1st bekas blom bertutup tu utk kengkawans makan ramai2, hehe.. Yg 2nd besar tu special for my friend ( kamcing la tu kt ofis) Kak Ros n bekas yg kecik tu utk tukang masak sndri le..


-- Hopefully uols boleh telan ye nti, my friends kt ofis tu.. kui3...

-- Auto publish..

Pengawal Mati Perut Terburai Kena Peluru Senapang Rakan Di Perlis

KANGAR - Pengawal keselamatan, Zakaria Mat yang terburai perut akibat terkena 11 butir peluru penabur senapang patah milik rakan setugasnya pada Khamis lalu, berperangai pelik apabila makan nasi lemak tiga hari berturut-turut sebelum kejadian.

Menurut isterinya, Azizul Man, 52, dia hairan

(Gambar) Rozaliya Mat Lazim Dan Mohd Helmi Putus Tunang

KEMAMAN: Sah putus. Pertunangan Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan pasangannya Mohd Helmi Mohd Noor, 24, putus selepas keluarga kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenainya, semalam.

TERLERAI... Mariani (foto) menunjukkan wang hantaran RM3000 dan cincin yang diserahkan keluarga Rozaliya.

Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, yang tiba dari Kampung Sebaso Paya Redan, Muar, Johor kira-kira jam 3 petang bersama isteri, Mariani Hussin, 46, berkata dia datang ke rumah Rozaliya di Bandar Cheneh Baru, di sini, kerana menunaikan permintaan gadis itu

Video Gol Kemenangan Kelantan vs Kedah Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2010

Jom tgk klip video GOL kemenangan Kelate vs Kedah semale.. Gol yg akan bawok The Red Warriors ke final Piala Malaysia 2010 bertemu Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil next week.

GOMO KELATE GOMO!!!!! Hehehe...

Keputusan Bolasepak Separuh Akhir Piala Malaysia 23.10.2010 - Kelantan 1 Kedah 0

Kelantan dan Negeri Sembilan akan bertemu di final Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir sebentar tadi.

Tuan rumah Kelantan menewaskan Kedah 1-0 untuk mara ke final selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Alor Setar.

Negeri Sembilan pula menewaskan Johor FC 2-0 di tempat lawan untuk layak dengan agregat 2-1. - bharian

Saturday, October 23, 2010

Keju Dri Australia Yg Dicemari Bakteria 'Listeria Monocytogenes' Tdk Dieksport Ke Malaysia - Liow

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa produk keju keluaran Syarikat B.-dParis Creek Pty Ltd di Selatan Australia yang dicemari 'Listeria monocytogenes', sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah kesihatan, tidak dieksport ke Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi syarikat terbabit dan wakil syarikat berkenaan memaklumkan bahawa tiada pengeksportan produk itu ke Malaysia.

Wajib Lulus Sejarah Di Peringkat SPM Mulai 2013 - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat wajib lulus itu sama seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat SPM.

"Kita kena bagi masa sedikit kalau tidak dia (pelajar) terkejut... jadi ini memerlukan tempoh masa untuk kita melatih guru dan juga menyediakan pelajar-pelajar kita untuk menghadapi sistem baru ini," katanya yang juga Menteri Pelajaran ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2010 di sini Sabtu.

(Gambar) Inani Zalikha Pelajar Perubatan Di Bandung Ditemui Mati Di Rumah Sewa

KUALA LUMPUR – “Saya terkilan kerana tidak dapat melihat Inani genggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor.” Demikian luahan sedih Zainal Abidin Ismail (gambar kecil), bapa kepada Inani Zalikha, 23, pelajar tahun empat ijazah bidang perubatan di Universitas Padjadjaran (Unpad) di Bandung yang ditemui mati di rumah sewanya kelmarin.

Menurutnya, kali terakhir beliau bercakap dengan Inani ialah pada 16 Oktober lalu melalui telefon. “Inani merupakan seorang anak yang tidak

Balqis Azman Pelajar Masterskill Ipoh Hilang Di Taiping

IPOH 21 Okt. - Belum pun reda kisah seorang gadis hilang kerana enggan berkahwin di Kemaman, Terengganu, seorang pelajar Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterkill di sini pula hilang selepas tamat latihan dua minggu di St. John Ambulan di Taiping, 30 September lalu.

Balqis Azman, 18, dari Kampung Kepayang, Fair Park, didapati tidak pulang ke rumah selepas menamatkan latihan itu. Ibunya, Noorlela Abdul Rahman, 37, berkata, dia hanya mengetahui anaknya tidak pulang ke rumah setelah pergi ke kolej itu pada 4 Oktober lalu.

Antara Kelantan, Kedah, Johor FC, N9 - Pilihan Anda Ke Final Piala Malaysia?

Andai berpandu kepada kesudahan suku akhir pertama Piala Malaysia Rabu lalu, gambaran final Piala Malaysia musim ini terarah kepada Johor FC dan Kelantan untuk memenuhi temu janji final, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Oktober ini.

Johor FC mengatasi Negeri Sembilan 1-0 di gelanggang juara bertahan itu manakala Kelantan berjaya mengikat Kedah ketika berkunjung ke Stadium Darulaman, untuk meletakkan kedua-dua pasukan lebih selesa menjelang 90 minit lagi saingan malam ini.

Isteri Kedua Kerat Zakar Suami Disyaki Curang

JAKARTA: Gara-gara mengesyaki suaminya ada hubungan sulit, seorang daripada empat isterinya bertindak nekad membunuhnya dan mengerat mayatnya kepada 14 bahagian, menurut laporan di sini semalam. Menunjukkan dia benar-benar marah dengan suaminya, wanita itu turut membuang zakar mangsa ke dalam sungai. Polis masih mencari zakar lelaki itu.

Kami masih mencari kemaluan mangsa selain bahagian lutut dan perut,” kata ketua detektif polis Jakarta Timur, Nicolas Lilipaly dipetik sebagai berkata. Suspek berkata dia membuangnya ke dalam sungai.”

Muryani, isteri kedua mangsa, didakwa kerana

Remaja Lelaki Maut Berebut Remote TV Dgn Adik Di Kuantan

KUANTAN, 22 Okt -- Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini menemui ajal selepas tercetus pertengkaran dengan saudaranya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Haris berkata seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa.

Rooney Bt Lawak, Smbg Kontrak Bru 5 Thn Lg Dgn Manchester United

Salam pagi sabtu.. Agak tercuit hati, lawak pn ada rasanya tgk artikel pasal Rooney nih. Mula2 td heran gak bakpo hubby senyum sorg2 tgk paper, rupanya ada citer lawak. Huhuhu..

Wayne Rooney beb, seminggu dua ni heboh nk tinggalkan Manchester United tup2 semlm setuju plak smbg kontrak utk 5 thn lg. Terrer btul skill Ferguson tu dlm hal pujuk memujuk agaknya..kui3.. 

Buat Lawak...jurulatih Perth Glory, Ian Ferguson (kiri) pada sidang media bersama pemain yang menggunakan gambar Rooney. Pasukan itu mengalu-alukan sekiranya Rooney berminat beraksi di Liga-A.

MANCHESTER (England): Wayne Rooney bersetuju melanjutkan kontraknya lima tahun lagi dengan Manchester United semalam untuk kekal di kelab Liga Perdana Inggeris itu sehingga Jun 2015.

Friday, October 22, 2010

Kes Rozaliya Hilang: Saya Lari Sbb Tertekan

KEMAMAN – Bakal pengantin yang ditemui semula selepas hilang pada 13 Oktober lalu, Rozaliya Mat Lazim mendakwa beliau melarikan diri ke Kuala Lumpur kerana tertekan dengan sikap tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, yang tidak mengendahkannya.

Menurut beliau, pada pertemuan terakhirnya dengan Mohd. Helmi, 24, pada 13 Oktober lalu, dia dan tunangnya itu bertengkar di dalam kereta ketika

(Gambar) Lembaga Wanita Rambut Panjang, Kanak2 Cetus Histeria Di Sek Men Anjung Batu Mersing

MERSING: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah berkenaan.

Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di depan seorang pelajar perempuan sebelum ia berjangkit kepada lebih 10 yang lain termasuk tiga pelajar lelaki.

TV3 Didenda Max RM50,000 Krn Iklan Raya 'Sinari Lebaran'

Salam.. Uols still igt kes iklan raya TV3 bulan Ramadhan lps yg kontroversi tu? Hari ni TV3 kena denda max RM50,000 beb gara2 iklan tu..

-- Ekoran tidak berhati-hati pihak pengurusan dalam meluluskan penerbitan iklan di televisyen, pihak TV3 hari ini telah didenda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya bertajuk Sinari Lebaran.

Thursday, October 21, 2010

Terkini Tragedi Bot Karam: Polis Tatau Teruskan Usaha Cari, Slmt Mangsa

BINTULU, 21 Okt (Bernama) -- Balai Polis Daerah Tatau akan meneruskan usaha mencari dan menyelamat mangsa tragedi bot karam selain membuka pusat menyelamat sementara di Kem Balak Kelebu kira-kira 60 kilometer dari sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu

(Gambar) Gaduh 2 Beradik: 2 Rumah 1 Kereta Terbakar Di Alor Setar

ALOR SETAR - Puncanya masalah kewangan. Rentetan itu, dua beradik lelaki bergaduh sehingga rumah mereka dan sebuah rumah jiran hangus dalam kejadian di Kampung Seberang Perak dekat sini kelmarin.

DUA buah rumah yang hangus ekoran pergaduhan dua beradik di Kampung Seberang Perak, Alor Setar kelmarin

Turut musnah dalam kejadian pada pukul 8 malam itu ialah sebuah kereta milik ahli keluarga dua beradik itu.

9 Anak 'Buang' Ibu Kuat Makan Ke Rumah Jagaan Orang Tua

9 anak 'buang' ibu kuat makanJOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas.

Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya

Jerebu Di Muar Capai Tahap Bahaya 432 IPU (Gambar)

Tahap jerebu di Muar semalam memasuki paras berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencecah 432. Serentak dengan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan agar sesi persekolahan di daerah itu dihentikan buat sementara jika keadaan tersebut berterusan.


"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup sehingga situasi kembali baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke Muar selain bekalan air mineral untuk diagihkan kepada penduduk. Muhyiddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.

Selain Muar, beberapa kawasan di Melaka turut terjejas dengan bacaan IPU 106 semalam. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abd. Hapiz A. Samad berkata, bacaan IPU meningkat daripada 106 pada pukul 7 pagi semalam kepada 111 menjelang tengah hari. Beliau menasihatkan penduduk supaya berwaspada kerana keadaan itu yang bermula Jumaat lalu dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini. kosmo

-- Marion Caunter Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

Kes Rozaliya Bakal Pengantin Hilang: Ditemui Slmt Di Bukit Bintang, Kerja 2 Hari Di Kedai Serbaneka

KUANTAN 20 Okt. – Misteri kehilangan seorang bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim, 20, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.

Rozaliya dipercayai melarikan diri secara sukarela dan telah bekerja selama dua hari di sebuah kedai serbaneka sebelum penyelianya menyedari bahawa pekerjanya itu adalah gadis yang telah dilaporkan hilang dari rumahnya di Kemaman, Terengganu.

Wednesday, October 20, 2010

Keputusan Bolasepak Separuh Akhir Piala Malaysia 20.10.2010

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia :

1. Stadium Darul Aman

Kedah  0 vs Kelantan 0


2. Stadium Paroi

Negeri Sembilan 0 vs Johor FC 1

(Gambar) Lelaki Sakit Kronik Mati Bakar Diri Di Temerloh

TEMERLOH – Seorang lelaki yang menghidap penyakit kronik ditemui mati dipercayai membakar diri sendiri dekat Kampung Baru Cina Temerloh, kira-kira jam 9.30 pagi, semalam. Mayat Tan Chee Keong, 53, yang menghidap Parkinson dan sakit jantung ditemui orang awam hampir rentung berhampiran gelanggang bola keranjang.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, Deputi Superintendan R Sundralingam berkata, turut ditemui berhampiran mayat adalah tong plastik dipercayai digunakan untuk mengisi bahan bakar.


Ibu Rozaliya Mat Lazim Dipatuk Ular Ketika Mahu Masuk Ke Rumah

KEMAMAN – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang menimpa Sabariah Mansor, 42, ibu kepada bakal pengantin yang hilang, Rozaliya Mat Lazim, 20, apabila dia kini terpaksa menanggung kesakitan selepas dipatuk ular malam kelmarin.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam ketika Sabariah bersama keluarganya baru pulang daripada menemui seorang pengamal perubatan tradisional di Kuala Kemaman untuk mencari anak perempuannya yang hilang.

Tragedi Bot Ekspress Karam Di Sg Anap Tatau: 2 Lagi Mayat Ditemui

BINTULU 19 Okt. — Dua lagi mayat tragedi bot ekspres karam selepas berlanggar dengan tongkang di hulu Sungai Anap Tatau petang semalam, ditemui hari ini, menjadikan jumlah yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sehingga kini ialah enam orang.

Kedua-dua mayat wanita itu, seorang daripadanya dikenali sebagai Bermas anak Nyuin, 26, ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar Sungai Kakus di Ulu Tatau, kira-kira 60 km dari sini.

Mayat pertama ditemui pada pukul 1.30 petang manakala satu lagi mayat ditemui kira-kira setengah jam selepas itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohmad Salleh. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, bot ekspres yang dalam perjalanan dari Pekan Tatu ke Hulu Kakus terbalik dan karam selepas berlanggar dengan tongkang balak. Bot itu bertolak dari Pekan Tatau pada pukul 1.30 petang.

Empat mayat ditemui petang semalam, iaitu bayi berusia lima bulan Jennifer Yak; dua lelaki dewasa iaitu Wong Siew Guan, 21; dan Wilfred Ukir Salleh, 56; serta seorang wanita Meas anak Renggan, 75.

Tujuh belas penumpang termasuk empat kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun selamat. - Utusan

Tuesday, October 19, 2010

Kes Rozaliya Bakal Pengantin Hilang: Ibu Syak Tunang

KEMAMAN 18 Okt: Ibu kepada wanita bakal pengantin yang hilang ketika membeli kelengkapan perkahwinannya di Kuantan, tujuh hari lalu, mengesyaki ada yang tidak kena hubungan Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24.

Sabariah Mansor, 42, mendakwa Rozaliya sebelum ini pernah mengadu mengenai masalah hubungannya yang mungkin tidak dapat bertahan lama menyebabkan anaknya itu tawar hati selain pernah meminta pertunangannya diputuskan.

Monday, October 18, 2010

Cinta Tdk Direstui Keluarga, Wanita Bunuh Diri Di Km 25 Jln Gemas-Bahau Jempol

BAHAU – Gara-gara percintaan dengan seorang lelaki tidak direstui keluarga, seorang janda beranak empat didakwa sanggup menamatkan riwayat hidupnya dengan berbaring di atas landasan kereta api sebelum badannya digilis di Kilometer 25, Jalan Gemas-Bahau, Jempol kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang dan mangsa P. Santhakumari, 48, didakwa menunggu di landasan

Gadis Bakal Pengantin Hilang Ketika Bli Brg Kahwin Di Kuantan

KEMAMAN: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu. Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.

Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20,

Bakal Pengantin Dicekup Kerana Samun Bersenjata Di Alor Setar

ALOR SETAR: Seorang bakal pengantin dicekup kerana dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata ke atas beberapa stesen minyak di sekitar Kota Setar, Jitra dan Kangar. Suspek yang berumur 22 tahun itu dicekup di Gunung Keriang pada 8 Okt lalu, iaitu dua hari sebelum dia akan berkahwin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata bakal pengantin tersebut turut dikehendaki berhubung satu kes rogol di Kuala Nerang dua tahun lalu.


Sunday, October 17, 2010

(Gambar) Mayat Pelajar Bogel Ditemui Dlm Parit Di Ladang Kelapa Sawit

TELUK INTAN: Kebimbangan seorang bapa terjawab apabila anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sebaik ke sekolah pagi kelmarin ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya tidak menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan. Beliau berkata, bapa mangsa,