ad ld

Wednesday, December 14, 2011

Banjir Kilat KL 13.12.11

Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan teruk manakala berpuluh yang lain 'tersangkut' dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4.40 petang itu telah menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya di Bulatan Pahang menuju ke semua arah.

Friday, December 9, 2011

SBPA Luaskan Jurang Gaji Antara Pekerja Bawahan Dan Atasan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendakwa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya membuatkan jurang tangga gaji kakitangan antara pekerja atasan dan bawahan lebih luas.

Timbalan Presiden I CUEPACS, Azih Muda berkata, pihaknya kini sedang membuat kajian mengenai perkara itu dan akan membuat pendirian muktamad pada 14 Disember ini.

Tuesday, December 6, 2011

Adik Khairul Fahmi Apek Meninggal Dunia

Takziah utk Khairul Fahmi dan keluarganya atas pemergian adik yang tercinta, Mohd Amirul Izzat 16 tahun kira-kira jam 11.15 pagi. Punca kematian Allahyarham ialah demam denggi.

Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM. Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.

Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab. beautifulnara.

Friday, December 2, 2011

From Kedah To K.L

Going to K.L.. Meeting + Presentation. Hopefully everything just fine.

Thursday, December 1, 2011

Daftar Bantuan RM500 Mulai 10 Disember

Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

Wednesday, November 30, 2011

Nazmi Faiz Alami Masalah Misteri

Aksi pemain bintang muda dalam pembikinan, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada bahagian tengah skuad bola sepak negara tampak begitu sempurna. Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi.

Bakat pemain berusia 17 tahun itu kian diperkatakan setelah membantu skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI.

Tuesday, November 29, 2011

Datuk Dr Ramzi Dipenjara Setahun Krn SMS Ugutan

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang bekas setiausaha politik, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir selepas didapati bersalah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta memfitnah bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu dua tahun lalu.

Friday, November 25, 2011

BE Baru, 20 Di 2011 Kot, 3 BE Running Serentak, $$$$ Alhamdulillah

Mendung x bererti hujan cocer di Kedah hr ni, best utk 'recharge' coz blk kg 6 hari last week bt besday party Hanim n sambut Tok Ma Tok Bah blk Haji.

Mcm biasa pagi2 tgk news online, on nuffnang jap. Makin ceria mood tgk dpt Buffered Earning a.k.a BE bru, terus ganti la tu lps 1 BE jd metered earning a.k.a ME.

Adidas Neo. Lupa plak BE ni yg ke brp utk 2011 ni, ke 20 kot. 3BE tgh running serentak tu, masyukkk $$$$$..hehe. Alhamdulillah, murah btul rezeki thn ni hasil blog, dpt lbh RM1 K. Semoga thn 2012 makin byk dpt duit drp blog ni. Amin. Tq uols, tq nuffnang.

-- (Gambar) Banjir Di Kelantan, Terengganu Makin Buruk
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Majalah Lisa, Perhh

Thursday, November 24, 2011

Yuna Sahkan Kemenangan Penakut Di AIM Ditarik Balik

Penyanyi Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18). Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya.

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Monday, November 21, 2011

Gambar Hot Zarina Ann Jolie Di Majalah FHM Indonesia

Gambar Zarina hot kebabom gitu utk majalah FHM Indonesia. Terbaik punya, sila tutup mulut uols yg terlopong tgk tu ye..huhu. Caya lah..


Thursday, November 17, 2011

(Gambar) Wilma Muhammad Kembali Ke Layar Perak

Ghazal Untuk Rabiah (1997) dan Pasrah (2000), itu antara dua filem yang pernah menampilkan wanita berwajah kacukan ini semasa zaman kegemilangan menjadi aktres di dalam dunia hiburan tempatan.

Namun, selepas berkahwin pada tahun 2000, Wilma Muhammad, 38, terus menutup pintu hati untuk bergelumang dalam dunia lakonan dan menukar imej seksinya sebelum ini kepada wanita muslimah. Lantas Pasrah menjadi filem terakhir lakonannya.

Wednesday, November 16, 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1 Kini Milik Hanim, Tq Papa

Senyum je gegirl ni ada mainan baru, Samsung Galaxy Tab ni masa bru blk dri kedai. Bau kedai katakan..hehe.


Ekceli hari ni birthday Hanim yg ke 5. Selamat Hari Lahir Sayangku Hanim. Semoga jadi anak yg solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

-- (Gambar) Menu Makan2 Birthday Party Hanim Di Aidil Adha
-- Live Dari Kota Bharu: Birthday Party Di Aidil Adha

Gambar Nora Danish Sambut Halloween

Gambar Nora Danish ni, tak tahu nk taip apa, tengok je lah ye..Peace.


-- Gambar Nabila Cium Mulut ? : Amy Search Nasihat Nabila Jaga Tingkah Laku
-- (Gambar) Rita Rudaini Tamatkan Sengketa Dengan Mertua

Tuesday, November 15, 2011

Najwa Mahiaddin (Anak TPM) Lali Kejayaan Dikait Dgn Status Keluarga

Penyanyi berbakat besar, Najwa Mahiaddin menjelaskan tidak kisah jika kemenangannya di Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) dipertikai hanya kerana dia anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najwa berkata, dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang sering mengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagi sejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.

Monday, November 14, 2011

Ayu Raudhah Kembali Berlakon Selepas Keguguran

Keguguran anak pada 26 Oktober lalu meninggalkan pengalaman pahit kepada pelakon Ayu Raudhah, 26, namun dia tetap tabahkan hati untuk meneruskan kehidupannya.

Ayu yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun baru menerima berita buruk itu, Ayu tetap menguatkan semangatnya untuk kembali bekerja.

Gambar Elyana Dan Anaknya Cinta

Gambar2 Elyana dan babynya Cinta. Dua dua cute kan.


Comel sangat Cinta.



-- (Gambar) Perkahwinan, Persandingan Erneelya Elyana Emrizal Dan Khairul Anuar Hussin
-- Shah Bunga Nikah 21 Isteri Dlm 9 Thn Utk Dijadikan Pelacur
-- Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Hepatitis A Di Dua Kampung Hulu Terengganu, 27 Disyaki Dijangkiti

Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nor Ain Nabila Rashid, 17, terpaksa memulakan peperiksaan SPM hari ini di wad Hospital Hulu Terengganu selepas dia bersama 26 penduduk dua buah kampung di sini disyaki dijangkiti virus Hepatitis A sejak seminggu lalu.

Turut menerima nasib yang sama dalam kejadian melibatkan penduduk di Kampung Basung dan Pasir Dula dekat sini itu ialah tiga orang adik Nor Ain Nabila berusia tiga hingga 11 tahun.

Sunday, November 13, 2011

Pernikahan Dira Melodi Dan Helmi

Dengan tiga kali lafaz, pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77.

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik AIM 2011

  • ARTIS BARU TERBAIK – Najwa
  • PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI) – Anuar Zain
  • PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA) - Yuna
  • PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU – Shila, Ning, Jac
  • LAGU POP ETNIK TERBAIK – Adibah Nor

Saturday, November 12, 2011

Chef Wan Marah Chef Riz - Padanlah Muka Dia, Memalukan

Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya.

Friday, November 11, 2011

Chef Riz Mohon Maaf, Dinafikan Pernah Bekerja Di Restoran Babboo New York

Kredibiliti juri program televisyen Masterchef Malaysia, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz tergugat apabila pihak pengurusan sebuah restoran terkemuka di Amerika Syarikat menafikan anak kepada chef selebriti, Chef Wan itu pernah bekerja dengan mereka.

Penafian itu dibuat selepas Chef Riz, 29, dalam profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria mendakwa beliau pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babboo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.

Thursday, November 10, 2011

Sinopsis Tentang Dhia Akasia TV3

Drama terbaru Tentang Dhia mengisi slot Akasia di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3 bermula 9 November.

Tentang Dhia mengenai sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd hasil nukilan dan arahan Azlina Pa’wan dan dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.

Gambar Nabila Cium Mulut ? : Amy Search Nasihat Nabila Jaga Tingkah Laku

Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.

Wednesday, November 9, 2011

Shah Bunga Nikah 21 Isteri Dlm 9 Thn Utk Dijadikan Pelacur

Jika ada anugerah khas mengiktiraf lelaki beristeri ramai diwujudkan di negara ini, seorang lelaki berusia 32 tahun dikenali sebagai 'Shah Bunga' layak menerima anugerah itu kerana kehebatannya memiliki 21 isteri dalam tempoh sembilan tahun.

Bekas banduan dan juga penganggur itu mempunyai 18 isteri berketurunan Melayu dan tiga Siam dari Thailand yang dikahwini mengikut agama Islam dan juga Buddha. Meskipun berkahwin sebanyak 21 kali dan ada di kalangan isterinya masih beragama Buddha, Shah Bunga tetap berusaha untuk menambah bilangan isterinya kerana menyedari mereka mampu memberi kemewahan kepadanya.

Pelajar Malaysia Maut Ditetak Di Surabaya Indonesia

Seorang penuntut Malaysia maut selepas ditetak di lehernya oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan motosikal miliknya di rumah sewa di Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam waktu Jawa Timur (8 malam Malaysia), mangsa yang dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, 22, penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Brawijaya, Malang, dekat Surabaya, dipercayai parah akibat tetakan terbabit.

Monday, November 7, 2011

(Gambar) Jemaah Haji Melontar Jamrah

Berjuta-juta jemaah haji melontar jamrah pada hari kedua ibadat haji di Mina semalam. Melontar jamrah akan dilakukan selama dua hari lagi dengan setiap jemaah perlu melontar batu di tiga buah jamrah. Setiap jemaah perlu melontar 21 butir batu di tiga struktur batu setinggi 25 meter.


Melontar jamrah dilakukan bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim melontar batu ke arah syaitan yang muncul tiga kali untuk mempengaruhinya.

"Ia memberi kekuatan moral. Kini saya berasa seperti sudah menewaskan syaitan," kata seorang jemaah yang melontar jamrah, Mohktar Khan berusia 29 tahun. Dia tiba di lokasi melontar jamrah itu bersama puluhan jemaah dari Bangladesh yang melaungkan Allahuakbar.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyediakan laluan pejalan kaki bertingkat sebagai usaha untuk mengelak kejadian rempuhan yang menyebabkan 364 orang mati pada 2006, 251 jemaah pada 2004 dan 1,426 lagi pada 1990. kosmo

--  22 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Saturday, November 5, 2011

Keputusan Penuh Anugerah Skrin TV3 2011 (ASK 2011)

Kategori Filem
Filem Terbaik: Magika
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak (Cun)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja (Janin)
Pengarah Terbaik Filem: Osman Ali (Cun)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiya Nissa (Cun)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sidek Hussin (Karak)
Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin (Aku Tak Bodoh)

Sanggul Beracun Dan Cun Ungguli ASK 2011

Drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Erra Fazira, Sabri Yunus dan Namron itu menewaskan empat buah drama lain iaitu Air Mata Salina, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Iqra.

Friday, November 4, 2011

Live From Kota Bharu, Dh Smp Kg Mood Raya Dtg Lagi

Alhamdulillah dh slmt smp Kota Bharu kul 12 kelmarin. Turun kul 8am igt dh awal la coz pagi khamis, rupanya dh byk kete sepanjang perjalanan tu. Lps puncak Titiwangsa ujan lbt sgt, roadblock pn byk beb.

Smp kg papa terus call Tok Ma Tok Bah kt Mekah. Sape x rindu mak ayah kan. Jemaah Haji mula gerak ke Arafah hr ni, semoga ibadah Haji mereka dpt dilakukan dgn sempurna dan perolehi Haji yg Mabrur. Amin.

Lepak 3-4jam bru gi kg mama plak. Hanim dh tya bila nk gi pantai, huhu. Sabar2 ye, mama papa cuti 6 hari ni, byk masa kita nk lepak. hehe.

Ok lah, nk kuar meronda jap lg nikmati pemandangan di Kota Bharu b4 start crowded lps makin ramai perantau blk cuti kan. Happy holiday uols. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

(Gambar) Anak Ugut Ibu Krn RM250 Dipenjara 5 Bln

Seorang pemuda dipenjara lima bulan selepas tidak mampu membayar denda sebanyak RM2,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan mengugut ibu kandungnya sendiri.

Mohd. Hafzal Mohd. Din, 29, berasal dari Kampung Batu Bertangkup, Padang Besar didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas ibunya pada 28 Oktober lalu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Wednesday, November 2, 2011

Saman Fitnah : Nadia Mustafar Diarah Bayar RM50,000 Kpd Lisdawati

Pelakon Nadia Mustafar pada Isnin, diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM50,000 kepada dramatis, Lisdawati dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu.

Tuesday, November 1, 2011

Duit Blog Dh Lps RM1K, Tq Nuffnang

Dh 31hb rini, kejap je masa berlalu makin hampiri penutup 2011 kan. Cmne dgn azam uols? Dh tercapai ke still on progress or carry forward thn depan plak? Pepun, wish u all the best k.

Alhamdulillah tahun ni byk gak azam saya dh settle antaranya beli new car, tambah investment, penjagaan makanan utk kesihatan, lbh kerap blk kg tgk keluarga.

Bab blog pn ada target gak, dptkan RM1k hasil berblogging. Syukur dh lps amount seribu hengget stakat ni. Dlu mcm x caya je kan blog bleh bt duit, skang setakat bil utiliti tiap bulan mcm api air, internet tu kira lps la..hehe. OK la tu kan.

Nmpknya kena angan2 dpt lbh lg utk masa akan datang, tp x tau la cmne tu coz faktor masa byk menghalang lately. Mybe kena bodek Papa Hanim join jd guest writer dlm blog ni kot. kih3.

Thursday, October 27, 2011

Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah

Pelakon drama rantaian popular Nur Kasih, Remy Ishak, 29, mengaku bercinta dengan gandingannya, Tiz Zaqyah, 22.

Remy berkata, dia bukan ingin menyembunyikan hubungan tersebut kepada umum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebaliknya tidak mahu menggembar-gemburkan kepada umum tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodohnya.

Sunday, October 23, 2011

(Gambar) Majlis Persandingan Yasmin Hani Dan Sha'arin Di Dutchess Duchess Place

Majlis persandingan pelakon Yasmin Hani Richardson,32, dan bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, berlangsung dengan meriah di Dutchess Duchess Place Jalan Ampang, malam Jumaat. Pasangan mempelai yang tiba pada pukul 9 malam itu tampak berseri dan anggun dengan pakaian bewarna putih rekaan pereka popular, Hatta Dolmat.


Keputusan Piala Malaysia Separuh Akhir Kedua 22.10.11, Terengganu, N Sembilan Ke Final

Terengganu dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi. Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.

Saturday, October 22, 2011

(Gambar) Yasmin Hani Sah Milik Sha'arin

Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, Jumaat.



Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin. Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Manakala pihak lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran termasuklah cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah kitab Al-Quran. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Qamilla manakala wajah Yasmin disolekkan oleh teman rapatnya, Tengku Putra Iskandar Tengku Othman. Pelamin kedua-dua mempelai ditaja oleh Mohd Ali.

Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung pada malam Jumaat (malam ini) Di lokasi yang sama. Sha'arin sudah pun memiliki dua orang anak iaitu Siti Narissa Edora, 25, dan Armand, 23, hasil perkahwinan pertamanya. Sha'arin juga pernah bernikah dengan pelakon Ida Nerina untuk perkahwinan keduanya tetapi tidak bertahan lama. mstar

-- Majlis Resepsi Fouziah Gous Dan Zhafran (Gambar)
-- Majlis Baby Shower Yasmin Hani Dan Shaarin (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)


Friday, October 21, 2011

(Gambar) Gaddafi Mati Ditembak

Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya semalam. Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.


“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters. NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu.

Thursday, October 20, 2011

Best Sgt Ke McD Quarter Pounder With Cheese?

Best sgt ke McD Quarter Pounder With Cheese? Uols dh try? Mmg sedap compem woo, sekali makan 4 kali nk lagi..hehe. Semlm blk keje Hanim kata nk makan McD, papa kata ok je lgpun dh print siap2 kupon Quarter Pounder dua hari lps.



Seb baik masa tu Q x panjang sgt, cepat je dpt. Mmg mables dpt makan McD time2 hujan lebat kt kedah ni. Makan kenyang2, blk umah layan Soffiya plak kata papa. Nk tgk Tiz Zaqyah le tu. Emm bagi chance la kan..kui3.. Opps, jgn lupa test menu best ni dgn bw kupon kt bwh tu ye.

-- Kupon McDonalds Quarter Pounder With Cheese RM6.99 17-25 Okt 11
-- Himpunan Sejuta Umat 22 Okt Di Stadium Shah Alam

Tuesday, October 18, 2011

Keputusan Piala Malaysia Separuh Akhir Pertama 18.10.11, Terengganu Dan N Sembilan Menang

Terengganu menang 2-0 Selangor di Stadium Shah Alam. 2 jaringan Abdul Manaf Mamat memberi bekalan selesa utk Terengganu melayan Selangor dlm perlawanan separuh akhir kedua nanti.

Negeri Sembilan juga catat kemenangan di tmpt lawan dgn tewaskan T-Team 4-2 di Kuala Terengganu. Gol NS dijaringkan oleh Shahrulain, Hairuddin (2gol) dan Kunalan. Gol T-Team pula drp Indra Putra dan Norfarhan.

-- Video Drama Soffiya TV3 Episod 14
-- Sultan Kedah Dipilih Yang di Pertuan Agong Kali Ke 2

Video Budak 2Thn Dilanggar 2 Lori Dibiarkan Terbaring

Terkejut, sedih, geram tgk video budak 3 thn dilanggar 2 lori dan dibiarkan saja oleh org yg lalu lalang kt situ. Mmg xde perasaan, selamba je tgk budak tu terbaring kaku kesakitan. Makin gila manusia zaman sekarang ni.

Monday, October 17, 2011

Kupon McDonalds Quarter Pounder With Cheese RM6.99 17-25 Okt 11

Peminat McDonalds tgk sini cepat2. Kupon McValue Meal Quarter Pounder With Cheese at RM6.99 from 17-25 Oct 11. Sila print kupon ni n terjah ur nearest McD right now..hehe.


I Lovin' It. Jom2 makan.

-- Atlet Boling Umur 20 Thn Mati Sakit Jantung Ketika Memandu
-- Video Drama Soffiya TV3 Episod 14
-- Gambar Anak Erra Fazira, Aleesya Yg Makin Comel

Saturday, October 15, 2011

Tahajjud Cinta Episod Akhir, Video Dan Sinopsis

Drama Tahajjud Cinta dh berakhir di mlm yg sama kaum lelaki memerlukan t.v coz suku akhir kedua Piala Malaysia turut berlangsung..huhu.

Atas 'semangat kesukanan yg tinggi', sama2 lah tgk bola walau agak kuciwa coz Kelate kaloh doh..sob sob sob. Tahniah Ganu kiter.

Pepun bleh kembali layan Tahajjud Cinta di tonton ok dun wori. Ni nk cer skit sinopsis final episode tu. - Seri (Fauziah Ghouse) teruk dipukul Ustaz (Eman Manan) krn bercakap dgn Citra (Fazura) melalui hp. Seri ditampar, kena sepak dipijak perut sesuka hati. Seri cuba dptkan bantuan dlm kesakitan dgn ke rumah Solah, kebetulan dilihat Suraya (Neelofa).

Friday, October 14, 2011

Video Datuk Siti Nurhaliza, Falling In Love Live Di Pavilion KL

Lately lagu baru Datuk Siti Nurhaliza - Falling In Love ni dh jd latest fevret ramai kan. Lagu yg best, rentak fast n catchy gitu. Ok ni nk share video Datuk Siti tgh shooting utk lagu ni di Pavilion, live beb.


Wednesday, October 12, 2011

Bob Lokman Ditahan JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penahanan penulis lirik, pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Bob Lokman atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat malam Isnin.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Tuesday, October 11, 2011

Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 10.10.11, Kelantan vs Terengganu

Perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 10.10.11 Kelantan vs Terengganu berlangsung dgn agak tegang mencatat 5 KAD MERAH. Kelantan kena 3 kad, Terengganu 2. Tp result gol sebaliknya iaitu Terengganu menang 3-1 Kelantan. Daudsu, Shakir dan Aziz dri Kelantan kutip kad merah dan player Terengganu pula Ismail Faruqi dan Zubir.

Selangor juga menang 3-1 Perak hasil pakar free kick Safiq Rahim dgn dua gol melalui skill itu. Amirulhadi 1 gol dan gol Perak melalui Failee.

Felda United menang 1-0 Negeri Sembilan. Sabah tewas 1-2 T Team.

- Video 3GP Mimie One Nation Emcee
- Skim Rumah Pertamaku Naik Ke RM400 Ribu Bajet 2012, Wow!!!!
- (Gambar) Bayi Baru Lahir Dicampak Dri Tingkat 2 Ke Dlm Longkang Di Selayang

Saturday, October 8, 2011

Intipati Belanjawan 2012, Bajet 2012

Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera. * Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagi Syarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia. * Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

Friday, October 7, 2011

Live From Kota Bharu, Blk Kampung

Assalamualaikum. Dh 4 hari di kg tercinta Kota Bharu, cuti coz Tok Ma n Tok Bah Hanim a.k.a my mertua berangkat ke Tanah Suci Mekah menunaikan Haji. Berlepas dri airport Pengkalan Chepa dan dh selamat smp, Alhamdulillah. Ceria je dgr suara mereka dlm phone dri sana semlm, penginapan dekat dgn Masjid Nabawi makin teruja gembira utk beribadat.


Kt Kelantan dh biasa, boleh kata satu kampung rombongan menghantar jemaah bakal haji ke a.port. Sedara mara, waris jauh dekat mmg dh wajib join la kan plus jiran2, sahabat handai terdekat. Masa tu juga dpt jmp kaum kerabat yg dh lama x bersua.

Semoga Tok Ma n Tok Bah diberikan kesihatan yg baik, dpt beribadat dgn sempurna dan mendapat Haji Mabrur, Amin.

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs, Pengasas Apple Meninggal Dunia Akibat Kanser

Tentunya ramai yg kenal n kagum dgn Steve Jobs ni, especially pengguna brand 'i' kecik cmtu. iPhone, iPad n komputer yg begitu meluas pasaran seluruh dunia. Kematian dia pasti satu kehilangan besar dlm dunia teknologi.

- Pengasas Apple Inc, Steve Jobs, telah meninggal dunia awal pagi tadi. Lembaga pengarah Apple telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kematian Steve Jobs.

Mendiang berumur 56 tahun dan telah meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif Apple atas sebab-sebab kesihatan pada bulan Ogos lepas.

- Pernikahan Nabil, Sebab Irma Enggan Hadir
- Tolak Seks, Nurul Awatif Dibunuh Dibakar Di Ampang Jaya
- Gambar Anak Erra Fazira, Aleesya Yg Makin Comel

Tuesday, October 4, 2011

(Gambar) Bayi Baru Lahir Dicampak Dri Tingkat 2 Ke Dlm Longkang Di Selayang

Sedih sgt tgk mayat baby tu. Ditemui dlm longkang krn dicampak ibu dri tingkat 2. Kejam xde perasaan ke.


- Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.