ad ld

Wednesday, January 5, 2011

(Gambar) Bayi Lelaki Ditemui Di Luar Pagar Sekolah Di Persiaran Titiwangsa, Lg Kes Buang Bayi

Tinggal bayi bawah pokokSalam.. Rasanya this week je dh 3 kes buang bayi kuar paper. Apa nk jadi laa.. Suka hati je buang, dlm tangki air lah, area sampah la, plak yg latest ni kt luar pagar sekolah rendah di Persiaran Titiwangsa, K.L.

Dh la letak baby tu dlm beg galas tertutup, tinggal plak kt luar pagar terdedah cuaca around kul 1.30tghari.. Mmg perbuatan giler, jahat sgt.. Seb baik baby tu x lemas..

Petikan hmetro: - KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dipercayai berusia enam hari ditemui masih bernyawa dalam sebuah beg galas berwarna hitam ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sebuah sekolah rendah di Persiaran Titiwangsa di sini, semalam.

Difahamkan, bayi malang itu ditinggalkan di kawasan berkenaan lebih sejam sebelum ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, bayi lelaki terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan hampir lemas kerana ditinggalkan dalam beg galas yang tertutup, namun keadaannya kini dilaporkan stabil.
Tgk sini.

3 comments:

efa said...

kejam sungguh mereka kan...tak kesian ka kt bayi tu ish2 tak patut

Sricahaya said...

mmg tak berperikemanusiaan tul sapa yg buang bayi ni..

mamawana said...

Apalaaaa dia org lebih kejam dari benatang. Yg membuang tu harap2 tobat takpun gi bunuh diri dlm kolam najis.