ad ld

Saturday, January 8, 2011

(Gambar) Bayi Perempuan Ditemui Dlm Kotak Dpn Kedai Di Tmn Sentosa Klang Selatan Selangor

Apa perasaan uols klu tgh jln2 tetiba nmpk baby ditinggal dlm kotak cmtu? Apa jenis manusia lah yg sanggup bt tu. Xde hati perut ke? Bengong btul..

Klang Selatan– Sungguh menyayat hati apabila bayi perempuan yang sedang tidur lena, ditemui diletakkan dalam kotak bersama ‘bekalan’, sebelum dibuang di kawasan kedai tidak berpenghuni di Taman Sentosa, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, penemuan itu dimaklumkan seorang lelaki yang menghubungi polis kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Katanya, lelaki itu terkejut apabila mendapati sebuah kotak berisi bayi diletakkan di hadapan kedai yang sudah ditutup.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi berusia antara 5 hingga 6 bulan itu ditemui masih lengkap berpakaian.

“Bersama bayi sedang tidur itu, kita temui botol susu, pampers, bantal serta selimut yang diletakkan dalam kotak itu. “Tiada nota ditinggalkan bersama bayi yang disahkan sihat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad berkata, bayi itu diserahkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk tindakan selanjutnya. sinarharian

2 comments:

AH7 said...

cian baby 2..xbersalah die..haiwan pun reti sygkn ank.. tak patut..

analia buyani said...

ciannye...:'(