ad ld

Wednesday, January 5, 2011

(Gambar) Nurul Dahyatul, Mangsa Kena Asid Ceria Ke Sekolah

Nurul Dahyatul, kanak-kanak yg terkena simbahan asid termasuk ibu, adik dan neneknya turut memulakan persekolahan sejak semlm.


-- Ekoran episod malang itu juga, Nurul Dahyatul yang masih menerima rawatan terpaksa memakai topeng muka bagi mengecut dan mengurangkan kesan parut yang serius di wajahnya.

Sebelum ini budak perempuan itu yang tinggal di Sekayu, dilaporkan suka menyendiri dan sering bertanyakan bila wajahnya akan kembali pulih dan tidak bersedia untuk ke sekolah kerana bimbang akan menjadi mangsa ejekan.

Pihak sekolah akan mengadakan satu perhimpunan khas hari ini bagi memaklumkan kepada semua pelajar supaya memastikan Nurul Dahyatul selesa belajar di sekolah itu. Difahamkan bahawa pergerakan kanak-kanak itu seperti ke kantin akan dipantau oleh pengawas sekolah bagi memastikan dia tidak menjadi sasaran pelajar nakal. Tgk sini.

-- Akibat pergolakan rumahtangga, anak2 tak bersalah turut jadi mangsa.. Sedih tgk gambar dia.. Semoga adik nurul terus tabah jalani kehidupan mendatang..

No comments: