ad ld

Monday, January 17, 2011

Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda

Td tgk Buletin Utama ada cer pasal ni.. Seorang pramugari MAS ditemui mati di Amsterdam Belanda.

Polis Belanda menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam pagi Jumaat lepas. Jurucakap Wisma Putra berkata, hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Swee Len.

Mayat Swee Len, 34, ditemui pada kira-kira 9 pagi hari tersebut oleh tetamu hotel, tempat beliau menginap. Chin dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Januari.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail. utusan

- Klik utk: -- Suami Pramugari MAS Chin Swee Len Percaya Isterinya Mati Krn Sindrom Jet Lag

-- (Gambar) Pramugari MAS Ditemui Mati Di Hotel Raddison Amsterdam Belanda
--  Gambar Kemalangan Maut Atas Jambatan Pulai Pinang 2 Maut 1 Jatuh Ke Laut
--  Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

No comments: