ad ld

Monday, April 30, 2012

Yazid Burger Seksyen 7 Shah Alam Burger YB Yang Besar

Yazid Burger kuar tv lagi, dh 2 hari berturut turut. Bangga tgk bisnes rakyat Malaysia cmtu. Datang dgn idea yg kreatif. Cara order pun advance beb, through email or sms. Kena order awal2 then baru gi ambik kt kedai tu dan terdapat juga khidmat penghantaran sekitar Shah Alam tp ada term n conditionnya ok.


Mmg teruja tgk burger gergasi tu, nmpknya kena masuk list lawatan kot bila berkesempatan ke Shah Alam pasni..huhu. Utk lebih detail, uols bleh tgk kt blog yazid burger ni. Dek terliur tgk burger tahap super duper cmtu, layan McD le td. Seb baik 10 minit je umah ke McD terdekat. Yummy.
-- Burger Gergasi YB Seksyen 7 Shah Alam
-- Gambar Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai Di Hotel Crowne Plaza Mutiara
-- Gambar Bersih 3.0 Duduk Bantah, Kereta Polis Terbalik
-- Langsuir Terbang Mengilai Ganggu Penduduk (Gambar)

Sunday, April 29, 2012

Gambar Bersih 3.0 Duduk Bantah, Kereta Polis Terbalik

Gambar sekitar BERSIH 3.0 28.4.12 Duduk Bantah.


Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 Dataran Merdeka

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran keras kepada penganjur perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka hari ini agar tidak berarak dan berhimpun di jalan raya sekitar kawasan tersebut kerana ia mengganggu perjalanan trafik.



Friday, April 27, 2012

Polo Sedan VW Kereta Baru

Cantik kan Polo Sedan Volkwagen ni? Dapat since last week. Dh seminggu duk jalan2. Mmg best coz siap dpt duit lagi beb.


Ekceli Polo Sedan ni buffered earning baru drp nuffnang..hehe. Lepas 4 BE jd ME, dpt yg baru lagi, Alhamdulillah.

Selamat berkhidmat Polo Sedan, harap2 makin murah rezeki dan masyuk $$$$$. Tq Nuffnang dan Volkwagen sudi pilih blog ni. I like it.



- Aaron Aziz Dan Zizan Bersama GTR 35, EVO 10
- Burger Gergasi YB Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, April 24, 2012

Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan E Learning, Gangguan Mistik

Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Monday, April 23, 2012

Pokok Betik Berwajah Manusia Di Kg Parit Hassan Pontian

Ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam yang bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok berkenaan berwajah manusia.

Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah.

Tempahan Proton Preve Kini Lebih 2,800 Unit

Proton Holdings Bhd. (Proton) telah menerima lebih daripada 2,800 tempahan untuk kereta global pertama yang baru dilancarkan, Proton Prevé.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat juga akan mula memasarkan kereta tersebut di Indonesia dan Thailand menjelang pertengahan tahun ini.


Friday, April 20, 2012

Keropok Lekor Mmg Lagi Best Makan Di Tepi Pantai

Last week balik kampung lagi, mmg rekod bersih setakat ni blk kg setiap bulan, asal ada cuti je terus Kota Bharu di hati ku la.

Dh jadi rutin tiap kali blk kg, mesti lepak kt Pantai Cahaya Bulan. Sambil layan Hanim main pasir, kadang2 hati tersentuh bahawa cepatnya masa berlalu. Dulu zaman dating kt sini, skang dh bawa anak plak. Begitu indah nikmat dari-Nya, Alhamdulillah.

Thursday, April 19, 2012

Upin Dan Ipin Part 2, Rambut Pacak

Ok seperti dijanjikan, Upin Ipin di hari ke 4. Tadaa.. Rambut dh makin banyak n panjang kan. Hanim mmg suka, x sabar nk blk umah tgk benda ni.

Katanya x yah singgah mana2 pun xpe, blk umah terus. Ooo mentang2 la ada menan baru kan, klo x mesti nk gi Tesco la Giant la.

Ikan a.k.a Black kt belakang kiri tu pun sporting, siap pandang tab lagi mcm tau nk snap gambar, diam elok je dia..hehe.

Wednesday, April 18, 2012

Upin Dan Ipin In The House

Last week dpt hadiah ni drp ofismate, cute kan. Katanya isi air kt bawah tu, then tgk 3-4 hari ada apa2 perubahan tak. Lupa nk snap pic hari pertama Upin dan Ipin ni, Hanim yg bagi nama..hehe.

Ni pic 3rd day ptg, teruja tgk 'rambut' dh tumbuh tu. Hanim suka sgt, lgpun dh 3 hari sblm tu dia asyik tanya nape blom ada something yg special pun mama. X baik tipu tau. Alahai sabar je Mama.

Skang Upin n Ipin dh x botak lagi, dh kuar rambut walau blom lebat ye. X sabar nk tgk hari2 seterusnya cmne la keadaannya. Adakah makin lebat penuh ruang tu or ada jarang2 je? Nanti kita tgk tengok sama sama esok ok.

Wednesday, April 4, 2012

Cinta Sayang Golf And Country Resort

Cantik view kt Kelab Cinta Sayang ni. Makanan pun best. Harga bilik situ berpatutan. Mcm2 ada, dewan utk majlis kenduri pn ok, driving range, achery, paint ball n many more lah.


Princess Hanim tengah posing tu, sila layan je lah ye..hehe.

Tuesday, April 3, 2012

Harga Petrol Ron97 Naik 10 Sen Kpd RM2.90 Seliter Mulai Selasa

Harga petrol premium RON97 akan naik 10 sen kepada RM2.90 pada tengah malam Selasa, menurut Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM).

Tidak akan ada perubahan harga dalam petrol RON95 harga dan diesel, kata Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Abdul Mokti pada Selasa.

Kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong, katanya.

Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini. mstar