ad ld

Saturday, March 30, 2013

Irma Hasmie Bersalin Anak Lelaki 3.93kg (Gambar)

Tahniah buat Irma Hasmie telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.93kg pada Jumaat 29 Mac 2013. Suami Irma, Redza Shah Azmeer berkongsi berita gembira itu dalam Twitter miliknya.


Pastinya kehadiran bayi ahli baru dalam keluarga Irma Hasmie dan Redza Shah Azmeer semakin melengkapkan kehidupan mereka. Tahniah sekali lagi.

-- Ayu Raudhah Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)

Monday, March 18, 2013

Lahirnya Kembar Husna Dan Hanis Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, saya dah selamat lahirkan anak kembar dua dua girl. Nama diberi Husna untuk 1st twin n Hanis utk 2nd twin.


1st entry untuk my twins ni. Tengok gambar je dulu, nanti sambung citer plak..hehe.

Wednesday, March 13, 2013

Jenazah Dua Wira Negara Selamat Tiba Di Kota Bharu (Gambar)

Jenazah dua wira negara yang terkorban di Sabah semalam selamat tiba di Kota Bharu dgn pesawat Hercules 130 lbh kurang 10pg ni. Kebetulan kami berada di airport Pengkalan Chepa sempat la snap beberapa gambar tadi.


Rakyat Kelantan membanjiri sekitar airport utk melihat lbh dekat.


Takziah untuk keluarga arwah. Perginya mereka demi pertahankan maruah bangsa. Semoga roh Ahmad Farhan dan Hurairah Ismail dicucuri rahmat. Al Fatihah.

-- Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mulai 1 Julai 2013

Tuesday, March 12, 2013

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mulai 1 Julai 2013

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Friday, March 1, 2013

Lahad Datu Dikenakan Perintah Berkurung 2 Komando Maut Terkena Mortar (Gambar)

Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.

Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat. 

Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut yang menjadi kubu kumpulan bersenjata Sulu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Foto BERNAMA 





Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam. “Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.