ad ld

Monday, April 29, 2013

Zain Saidin Bertengkar Dgn Chef Jo Dlm Masterchef Selebriti Malaysia 2

Zain Saidin telah bertengkar dengan Chef Jo dalam Master Chef Selebriti Malaysia 2 kerana tidak puas dgn kemenangan Datuk Aznil Nawawi dlm cabaran cipta rasa. Zain sebelum itu harungi pusingan penyingkiran bersama kekasihnya Cik Ta a.k.a Rozita Che Wan, Sathiya dan Lidyawati.


Zain tersingkir kerana masakannya tidak menepati citarasa para chef juri iaitu Chef Jo, Chef Addu dan Chef Zubir. Juri memberi peluang kpd Zain utk bercakap sebelum meninggalkan dapur Masterchef dan ketika itulah Zain mempertikaikan kejayaan Datuk Aznil dlm cabaran sebelumnya.

Kelihatan tidak berapa elok bila Zain dan Chef Jo bersoal jawab dalam nada suara yg agak kuat terutamanya dalam program realiti sebegini disaksikan ramai penonton kan. Apa pun, memang best beb layan MasterChef Selebriti Malaysia 2 ni, ada banyak ilmu masakan tambah plak drama para pesertanya..hehe.

-- Fasha Sandha Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Memey Suhaiza Bersalin Awal Dua Minggu (Gambar)

Tuesday, April 23, 2013

Menu Hanim Di Kedah Masa Mama Berpantang Di Kota Bharu

Sejak Mama berpantang di Kota Bharu ni, Hanim stay dgn papanya kat Kedah sebab sekolah. So pepagi papa dia la yg siapkan pakaian sekolah Hanim. Basuh, iron n pakaikan papa la yg handle. Sebelum ni risau gak boleh ke Papa buat semua tu..hehe. Camne la dia pakaikan tudung utk gegirl dia tu kan. Just wait n see katanya dgn confident, masa balik kampung hari tu (depan mak mentua plak kan).


Lepas kembali ke Kedah, pepagi sblm kuar umah nk gi school, papa akan MMS gambar Hanim siap tanya,' Ok tak Hanim pakai tudung ni, lulus tak Mama? Perli la tu kan..huhu.
Kalo buat breakfast pun papa akan MMS,' Ni lah hasil ilmu teman bini tengok MasterChef. Ahaks. Redha je la kan.


Menu balik sekolah plak papa kata guna skill masak tunjuk tunjuk, apa lagi makan kat kedai la maknanya tu..hehe.

-- Hanim Dan Adik Adik Kembarnya Di Kota Bharu Lovely Moment

Monday, April 15, 2013

Fasha Sandha Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Tahniah untuk Fasha Sandha telah selamat melahirkan anak lelaki. Nampaknya seusia je anak-anak selebriti tanah air ni iaitu anak Ayu Raudhah, Irma Hasmie dan terbaru Fasha Sandha ni kan.

- Pelakon Fasha Sandha selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 9.21 pagi Isnin. Suami kepada aktres itu, Rizal Ashram turut mengesahkan berita berkenaan di laman Twitternya dan melahirkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.


"Bayi lelaki telah dilahirkan. Seorang lagi untuk keluarga kecil kami. Isteri dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur kepada Allah," tulisnya dalam satu entri di Twitter. Fasha dan Rizal berkahwin dalam satu majlis sederhana pada 27 April tahun lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Rizal atau lebih mesra dengan sapaan Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia empat tahun. mstar

-- Ayu Raudhah Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Dr Halina Dan Anak Kedua Sophea Natasha (Gambar)

Wednesday, April 10, 2013

Hari Mengundi Dan Penamaan Calon Pilihan Raya Umum 13 PRU 13

Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada Rabu. Pengundian awal ditetapkan pada 30 April. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.


Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan pada Khamis (11 April). Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Monday, April 8, 2013

Hanim Dan Adik Adik Kembarnya Di Kota Bharu Lovely Moment

Hanim suka sangat dukung, pegang2 n main main dengan adik adik kembarnya Husna dan Hanis ni. Since Mama berpantang di Kota Bharu ni, Hanim dan papanya balik every week. Khamis je lepas balik sekolah, Papa ambik Hanim kat sekolah n dorang terus balik ke Kelantan.


Ni lah aktiviti kakak Hanim masa kat kampung, layan adik dia je. Suka sangat dapat adik kan..hehe.

-- Lahirnya Kembar Husna Dan Hanis Alhamdulillah

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Dibubarkan Jom Mengundi Di PRU 13

Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada proses pengundian pilihanraya ke 13 @ PRU 13. Pengumuman pembubaran parlimen dilakukan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak disiarkan live di tv tempatan jam 11.30 pagi 3.4.13.


Uols dah semak daftar mengundi ke? Jom bersedia untuk mengundi dan undi anda adalah rahsia..hehe.

PRU 13 PM Berucap Di TV 11.30 Pagi 3.4.13

Sama sama kita tunggu dan tengok apa yang akan dimaklumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siaran tv 11.30 pagi ni ya.



Adakah? Bilakah? mstar