ad ld

Thursday, November 28, 2013

Nur Fazira Saad Pengantin 12 Tahun Bercerai Sebelum Ulangtahun Pertama (Gambar)

Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim. Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.


Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan. Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Wednesday, November 27, 2013

Zan Azlee Ada Kaitan Dgn Aishah Mautum Mangsa Hamba Di London (Gambar)

Lebih ramai ahli keluarga tampil berkongsi maklumat berhubung laporan seorang wanita warga Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi hamba domestik di selatan London selama 30 tahun sebagai Aishah Mautum. Dalam laporan Astro Awani, editor majalah siaran tersebut Zan Azlee Zainal Abidin telah dikenalpasti sebagai saudara wanita tersebut.


Dalam satu temubual pada Selasa, Zan berkata, tiada siapa dalam keluarganya menjangkakan wanita warga Malaysia yang diselamatkan itu adalah ibu kepada sepupunya yang hilang sejak 30 tahun lalu. Zan berkata, laporan bahawa Aishah adalah antara wanita yang menjadi mangsa perhambaan di London tidak pernah terlintas di fikirannya.

Tuesday, November 26, 2013

Langsuir Terbang Mengilai Ganggu Penduduk (Gambar)

Villa Nabila femes heboh satu Malaysia diperkatakan minggu lepas, langsuir punya citer plak kuar hari ni. Perhhh penangan bualan di facebook dah jadi trend kuar jadi berita arus perdana skang kan, dari segi citer pasal bola, gwiyomi, listen, macam comel dan latest sal langsuir ni lah..huhu. Jom tengok apa cer sebenarnya tu.


Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ni hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh Kelantan dan Jerteh Terengganu akhir akhir ini menjadi bualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat 48, berkata beliau melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam minggu lalu.

Katanya walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikalnya, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang. sinarharian

--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bukan (Gambar)
--  Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
--  Aeril Zafrel Kesal Anaknya Bersama Wawa Zainal Dilabel Anak Haram

Fasha Sandha Bercuti Bersama Anak Nora Danish Di USS Singapura (Gambar)

Fasha Sandha bercuti bersama anak dan suaminya Jejai di USS Singapore turut membawa bersama anak Nora Danish. Kelihatan mereka sungguh gembira dan bahagia meluangkan masa bercuti bersama keluarga.


Fasha Sandha juga kelihatan semakin cantik menawan selepas bergelar ibu kan.

--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Cerita Jiran Tuhan Harun Ketua Ajaran Sesat (Gambar)
--  Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Amyza Adnan Keguguran Anak Ke 4 Di Usia Dua Bulan (Gambar)

Amyza Adnan keguguran anak ke 4 di usia dua bulan selepas mengalami pendarahan sewaktu penggambaran di Johol Negeri Sembilan beberapa hari lalu.


Takziah buat Amyza. Ada rezeki lain lepas ni tu kan.

--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah 11.12.13 RM13 Juta Tajaan

Pasangan pelakon Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam selepas solat maghrib.


Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, pada pukul 8 malam. Sementara itu, bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, pada 10 Disember, pukul 8 malam. Rozita, 40, akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin bernilai RM9,300.

Che Ta ni murah rezeki, siap dapat RM13 juta tajaan pelbagai pihak. Tajaan terbesar Habib Jewels bernilai RM10 juta. Perhhh.

--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Budak Enam Tahun Lepaskan Diri Dari Penculik Dalam LRT (Gambar)
--  Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)

Monday, November 25, 2013

Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)

Pelakon Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang dijangka pada pada Mei 2014. Liyana, 25, bagaimanapun berkata, dia hanya akan memberi fokus kepada beberapa promosi filem lakonannya yang bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.


"Lakonan buat masa ini memang saya tidak akan buat dan hanya akan menghadirkan diri untuk aktiviti promosi filem sahaja jika dijemput. "Bagaimanapun kerja-kerja belakang tabir dan menguruskan syarikat iaitu Mermaid Studios akan dilakukan seperti biasa," katanya. Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.

Budak Enam Tahun Lepaskan Diri Dari Penculik Dalam LRT (Gambar)

Kepantasan seorang budak lelaki berusia enam tahun berfikir membolehkan dia berjaya melarikan diri daripada cengkaman penculik atas kehendaknya sendiri apabila dia bertindak berlari meluru keluar dari LRT yang dinaiki. Menurut kanak-kanak itu, dia telah ditangkap oleh seorang lelaki yang memakai topeng ketika dia sedang bermain dengan kawan-kawannya di luar flat di Bangsar pada Ahad.


Dia telah dibawa menaiki LRT dan selepas beberapa perhentian, dia telah mengumpul keberanian dan berlari meluru keluar sebaik sahaja pintu dibuka ketika kereta api berhenti di stesen Taman Melati kira-kira pukul 4 petang. Budak lelaki itu hanya berhenti berlari apabila melihat seorang pegawai polis bantuan.

Wanita Pukul Peragut Di Jengka (Gambar)

Seorang lelaki berusia 21 tahun terima padah apabila dipukul seorang wanita ketika cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam. Dalam kejadian tersebut, wanita dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran.


Secara tiba-tiba, lelaki terbabit datang dari arah belakang lalu mengambil beg tangan tersebut sebelum membawa lari ke arah motosikal yang diletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian. Mangsa yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong. Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak lelaki berkenaan.

Johor Cuti Hujung Minggu Jumaat Dan Sabtu Mulai 1 Januari

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almrhum Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu. Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.

"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja. Spekulasi pertukaran hari cuti minggu di Johor timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet.

Pada ketika ini, negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing. Sebelum ini pada 1994, Johor juga menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.

-- Mangsa Perhambaan Rakyat Malaysia Di London Didera Mental Dan Fizikal
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Tuhan Harun Ditangkap Di Tangkak Johor (Gambar)

Saturday, November 23, 2013

Senarai 12 Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu AJL 28 (Gambar)

2 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Jumaat. Lagu-lagu yang layak ke AJL28 yang akan diadakan pada 26 Januari hadapan terdiri daripada Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).


Separuh akhir Muzik Muzik 28 minggu ketiga ini turut menyaksikan persembahan daripada Kembali (Akim & Stacy), Anugerah Hidup (Estranged), Dwihati (Yuna &Aizat Amdan), Rumah Kita (Hujan) dan Jagalah Diri (Jaclyn Victor). Muzik Muzik 28 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Cat Farish, Damien, DJ Fuzz, Mimie (One Nation Emcee) dan Waris.

Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 8 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2013. Kesemua lagu diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri. mstar

-- Jambatan Pulau Pinang Sesak 4 Jam Lori Tong Gas Terbalik (Gambar)
-- Pernikahan Ezani Masterchef Dan Dr Azrai (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)

Mangsa Perhambaan Rakyat Malaysia Di London Didera Mental Dan Fizikal

Mangsa kes perhambaan di Lambeth yang melibatkan seorang wanita Malaysia berusia 69 tahun dan dua yang lain sering dipukul, dedah Polis Metropolitan dalam satu sidang akhbar, Jumaat. Menurut laporan media British, mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Pihak polis telah dipetik sebagai berkata mereka perlu mengetahui apakah "gari yang tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa. Tiada bukti penderaan seksual, kata mereka, sambil menambah, ketiga-tiga mangsa dan dua suspek akan muncul sebagai sebuah keluarga yang normal apabila berdepan dengan orang luar.

Pihak polis juga berkata bahawa tidak ada bukti yang mangsa telah diperdagangkan. Pada masa ini, kedua-dua suspek yang berusia 67 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita masih belum pulang ke rumah mereka di Lambeth. Mereka juga didakwa dengan kesalahan berkaitan imigresen dan sebelum ini ditangkap pada tahun 1970 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. mstar

-- Zan Azlee Ada Kaitan Dgn Aishah Mautum Mangsa Hamba Di London (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
-- Kereta Nabil Mitsubishi Lancer Dipecah Pencuri
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Friday, November 22, 2013

Tarikh Dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014

Dah menghampiri hujung tahun ni jadual dan tarikh pembayaran gaji kakitangan awam untuk 2014 pun dah keluar. Senang lah nak buat apa apa perancangan bila dah tahu duit nak masuk bila kan..hehe. Jom lah kita tengok.

JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)
BULAN TARIKH KETERANGAN
Januari
23 Januari 2014
Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014
Februari
25 Februari 2014
Selasa

Mac
25 Mac 2014
Selasa

April
24 April 2014
Khamis

Mei
22 Mei 2014
Khamis
Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014
Jun
 25 Jun 2014
Rabu
Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014
Julai
22 Julai 2014
Selasa
Hari Raya Puasa
28 – 29 Julai 2014
Ogos
 25 Ogos 2014
Isnin

September
25 September 2014
Khamis

Oktober
16 Oktober 2014
Khamis
Deepavali
23 Oktober 2014
November 25 November 2014
Selasa

Disember 18 Disember 2014
Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2014

Senang kan.

--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
--  Menteri Kesihatan Kemalangan Di Lebuhraya Utara Selatan (Gambar)

Jambatan Pulau Pinang Sesak 4 Jam Lori Tong Gas Terbalik (Gambar)

Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih empat jam di atas Jambatan Pulau Pinang pagi ini apabila sebuah lori membawa tong gas terbalik. Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata lori yang terbalik di Km 1.3 menghala ke tanah besar itu menyebabkan dua daripada tiga lorong di atas jambatan berkenaan terhalang.


"Hanya satu lorong laluan menuju ke Perai dibuka dan ekoran itu berlaku kesesakan teruk di semua laluan masuk jambatan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Gelugor dan Bayan Lepas," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata lori yang terbalik pada pukul 10.30 pagi itu berjaya dialihkan pada pukul 2 petang dan keadaan trafik di atas jambatan sudah beransur pulih.

Insiden itu menyebabkan pemandu lori tersebut mengalami cedera ringan, katanya. Tinjauan Bernama setakat tengah hari tadi mendapati trafik sesak sepanjang lima kilometer sehingga ke kawasan Lebuhraya Jelutong.

--  Kereta Jatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui Slps 7jam (Gambar)
--  Feri Pulau Pinang Dari Butterworth Ke Port Weld Best Ke?
--  Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)

Thursday, November 21, 2013

Amy Search Muflis Dikhianati Kawan Baik Sendiri (Gambar)

Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu selain mendedahkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri. Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.


"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan. "Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," kata Amy kepada mStar Online.
Amy ditemui selepas sidang media Konsert Destini di Hotel Blue Wave, Rabu.

Anak Abdul Hadi Menang Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat (Gambar)

Wakil tunggal kumpulan ulama, Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya menempatkan diri dalam barisan kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Pusat setelah diumumkan menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS dengan 355 undi.


Kemenangan Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sekali gus menggagalkan usaha bekas Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dari kumpulan profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu pada pemilihan yang berlangsung pada Khamis.

Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)

Apa nak jadi dunia skang ni, anak perempuan sendiri pun terliur. Nafsu apa ntah. Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks dengan anak perempuannya sejak 3 tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.


Kegiatan sumbang mahram itu mungkin berterusan jika pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Cerita Jiran Tuhan Harun Ketua Ajaran Sesat (Gambar)

Penduduk Bandar Baru Tangkak tidak mengetahui kawasan perumahan berkenaan menjadi tempat persembunyian ketua ajaran sesat, Ajaran Harun, Harun Mat saat, 47, selepas menyewa di rumah berkenaan sejak 27 Oktober lalu. Perkara tersebut terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan dan menangkap Harun, seorang  anak lelakinya serta seorang wanita kira-kira jam 3.30 petang semalam.


Jiran yang mahu dikenali sebagai Roslan, 30-an, berkata,  seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Khairi datang ke pejabat pemaju di kawasan perumahan itu bertanyakan rumah untuk disewa pada 26 Oktober lalu. Menurutnya, lelaki terbabit mengaku berasal dari Johor Bahru memerlukan rumah itu dengan segera dan mahu tinggal selama setahun bersama ibu dan bapanya kerana mendapat pekerjaan di Tangkak.

Tuhan Harun Ditangkap Di Tangkak Johor (Gambar)

Pemimpin kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saad telah ditangkap bersama-sama dengan dua suspek selepas serbuan di dua lokasi berasingan di Tangkak, Johor. Suspek, termasuk isteri Harun ditahan kira-kira pukul 3.30 petang selepas sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada polis Johor dan Pahang menyerbu lokasi berkenaan.


Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan tangkapan. "Suspek telah diserahkan kepada polis Pahang untuk siasatan lanjut. "Mereka dikehendaki berkaitan pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Abdul Malek," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Pelajar Terkejut Format Kertas SPM Berubah Tiada Makluman Awal

Pelajar tingkatan lima yang menduduki SPM kertas Pendidikan Moral pada Rabu terkejut dengan perubahan drastik format peperiksaan yang didakwa tidak diumumkan terlebih dahulu. Pelajar-pelajar yang menduduki kertas peperiksaan subjek berkenaan menyatakan kemarahan mereka berhubung perubahan itu.

"Perkara pertama yang kebanyakan kita sedari ialah mengenai 'di manakah nilai murni?," kata seorang pelajar dari Alor Setar, Kedah. Berdasarkan 'posting', mereka menunjukkan bahawa format telah berubah daripada soalan struktur kepada bentuk yang lebih terbuka.

Menteri Kesihatan Kemalangan Di Lebuhraya Utara Selatan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera ringan di bahagian leher apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, malam Rabu. Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata ketika kejadian kira-kira 8.30 malam, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov.


Beliau berkata Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil. "Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut...jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka," katanya ketika dihubungi Bernama malam Rabu. bernama

--  Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek
--  Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)

Wednesday, November 20, 2013

Lisa Surihani Dan Yusry Bercuti Di Sabah (Gambar)

Gambar Lisa Surihani dan Yusry bercuti di Sabah dikongsi bersama peminat melalui Instagram mereka. Awal November hari tu pegi Kelantan ni ke Sabah plak. Cuti sakan dorang kan, best tu. Jom tengok gambar happy Lisa dan Yusry tu.


Sabah memang terkenal banyak tempat menarik kan, tq untuk mereka share gambar2 yang cantik ni.

-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Villa Nabila Berhantu 23 Kanak Kanak Hilang? (Gambar)
-- Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)

Malaysia vs Qatar Kalah Lagi (Gambar)

Hasrat Harimau Malaya beraksi dalam Kejohanan Piala Asia 2015 di Australia tertutup selepas tewas 0-1 kepada Qatar dalam aksi Kumpulan D di Stadium Shah Alam. Jaringan tunggal pemain lawan, Al-Ali pada minit ke-65 yang bijak menyempurnakan hantaran rakan sepasukan sudah cukup memastikan kemenangan Qatar ketika barisan Harimau Malaya dilihat lebih banyak mengejar bola di kaki anak didik Fahad Al Thani.


Turun dengan kesebelasan utama terbaik, Harimau Malaya ternyata tenggelam 15 minit pertama terutamanya dibahagian tengah apabila Ketua Pasukan, Safiq Rahim dan K Gurusamy  gagal bergandingan dengan baik. Bibit kemusnahan impian Harimau Malaya kelihatan pada (m-18) namun kecekapan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir tuan rumah berjaya menyelamatkan cubaan berbahaya penyerang lawan.

Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek

Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, awal pagi semalam. Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

Kereta Nabil Mitsubishi Lancer Dipecah Pencuri

Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam kejadian di Sungai Buloh. Nabil berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.


"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah. "Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya. Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan.

--  Murid UPSR 5A Dapat Hadiah Mini Cooper (Gambar)
--  Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
--  Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)
-- Hadkan Jangka Hayat Kereta 12 Tahun Demi Keselamatan Rakyat? Apa Kata Rafizi Ramli?

Tuesday, November 19, 2013

Hadkan Jangka Hayat Kereta 12 Tahun Demi Keselamatan Rakyat? Apa Kata Rafizi Ramli?

Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat. Lebih membimbangkan apabila Datuk Abdul Aziz Kaprawi turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.


Pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia. Kebanyakan pembeli kereta dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang. Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang baru untuk membeli kereta.

Budak Hilang Di Villa Nabila Ditemui (Gambar)

Budak lelaki 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila sebuah banglo terbiar telah ditemui. Mohd Izzat Izzudin Hussin dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn.


Ibunya Norhayati Mohamad berkata polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui sekitar pukul 2 pagi Selasa. Saya lega kerana saya benar benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi. mstar

--  Villa Nabila Berhantu 23 Kanak Kanak Hilang? (Gambar)
--  Kemalangan Di Km 257 PLUS Dekat Terowong Menora 1 Maut 7 Cedera (Gambar)
--  Kereta Nabil Mitsubishi Lancer Dipecah Pencuri

Monday, November 18, 2013

Villa Nabila Berhantu 23 Kanak Kanak Hilang? (Gambar)

Villa Nabila banglo berhantu di Johor Bahru heboh diperkatakan di Internet berkaitan laporan kehilangan 23 kanak kanak di banglo tersebut. Biar betul beb!!! Tengok sini dulu betul ke tak citer tu ekk.


Laporan mengenai kehilangan 23 kanak-kanak di banglo berhantu Villa Nabila yang tersebar di media sosial adalah tidak benar. Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, polis hanya menerima 1 laporan mengenai seorang remaja lelaki 16 tahun yang hilang sejak Sabtu lalu dan kononnya dilihat memasuki villa tersebut.

Ia hanya khabar angin. Saya menasihati orang ramai supaya tidak mempercayainya dan berhenti menyebarkan khabar angin itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Baru baru ini portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikan Danga Bay sebagai antara 5 destinasi berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila. mstar

--  Murid UPSR 5A Dapat Hadiah Mini Cooper (Gambar)
--  Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
--  Pelajar UiTM Rakam Imej Hantu Di Malam Jumaat Di Mersing (Gambar)

Faizul Juara AF 2013 Raih RM100 Ribu Azhael Naib Juara (Gambar)

Faizul Juara AF 2013 mengalahkan Azhael di tempat kedua sekaligus meraih hadiah wang tunai RM100 ribu dan kontrak juga bernilai RM100 ribu. Azhael naib juara mendapat hadiah wang tunai RM30 ribu dan trofi.


Amirah tempat ketiga membawa pulang RM25 ribu dan juga trofi. Indah peserta pilihan Edry Kru di tempat 4. Nabila muncul tempat kelima dan Aishah Aziz di tempat keenam.

-- Murid UPSR 5A Dapat Hadiah Mini Cooper (Gambar)
-- Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)

Saturday, November 16, 2013

Murid UPSR 5A Dapat Hadiah Mini Cooper (Gambar)

Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12. Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1 Kota Bharu Kelantan, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.


Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.

“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika  ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat.

Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). “Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.

“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya. sinarharian

-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
-- Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)

Friday, November 15, 2013

Secret Recipe Promosi RM16 Off Whole Cake Wow (Gambar)

Secret Recipe buat tawaran menarik beb, 1 whole cake RM16 off!!! Jimat banyak gak tu sebab biasanya 1 slice pun dah berapa hengget kan. Tapi 16 Nov je sempena sweet 16 Secret Recipe. Para peminat tegar Secret Recipe mula siap sedia lah ye..


Ada lagi promosi menarik mulai 16 Nov dengan lain lain menu juga. Detail boleh tengok secretrecipe.com ok. Check dulu tempat uols join tak promosi ni, lokasi terpilih je ya, jangan main terjah je..hehe.

-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
-- Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah 

Restoran Nasi Ganja Ipoh Diarah Tutup Pejabat Kesihatan (Gambar)

Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan. Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai Khamis sehingga 28 November.


Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.

Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11,  kedua-duanya sekali. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan. bernama

-- Gambar Anak Kedua Marion Caunter Dan SM Nasaruddin
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)

Thursday, November 14, 2013

Gambar Anak Kedua Marion Caunter Dan SM Nasaruddin

Marion Caunter bersalin anak kedua pada 3 November lalu. Gambar terbaru bayi perempuan diberi nama Lana ini bersama Marion dan anak pertamanya Iea Rose.


Dua dua cute kan. Tahniah buat SM Nasaruddin dan Marion Caunter.

--  Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
--  Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)
--  Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)

Wednesday, November 13, 2013

Datuk Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin Lantang Tak Perlu Biadap Dengan Orang Tua (Gambar)

Datuk Siti Nurhaliza menegur Khairy Jamaluddin a.k.a KJ Menteri Belia dan Sukan melalui twitternya. Teguran Siti Nurhaliza itu mungkin berhubung dengan isu Khairy mengkritik FAM dalam pelbagai aspek pengurusan bola sepak Malaysia kebelakangan ni.


Khairy sebelum itu menegaskan kritikan beliau bukanlah bersifat dendam tapi bertindak atas kapasiti sebagai Menteri terhadap sukan di bawah bidang kuasanya dan bertujuan sama sama berusaha ke arah yg lebih baik.

--  Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah
--  Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
--  Gadis 15 Tahun Dibunuh Selepas Gagal Dirogol (Gambar)

Tuesday, November 12, 2013

Diana Danielle Kata Mata Anak Kembarku Cantik Alhamdulillah

Diana Danielle muncul depan mata secara live. Memang cantik Diana Danielle ni, tinggi dan lemah lembut orangnya. Jumpa Diana kat hospital masa check up hari tu. Perhh ramai teruja tengok kehadiran Diana kat situ, masing2 nak bergambar beb. Doktor doktor muda pun sempat gak posing dgn Diana tu..huhu.


Diana mintak nak bergambar dengan Hanis, eh tipu la kan. Mestilah kita yang nak snap pic dgn Diana tu..hehe. Sempat gak dia mengagah main2 dgn Hanis, cantik mata baby katanya. Balik umah tunjuk gambar ni kat kakak Hanim, pastu kak Hanim tanya,' Kak Diana tu gi hospital bawa adik dia Malik yg degil dlm movie Magika tu ke mama? Alahai ni lah dikatakan bebudak terpengaruh t.v kan. Sabar je lah..kih3.

-- Anak Kembar Semakin Membesar Dah Pandai Tengok TV
-- Awas Penyegar Udara Berbahaya
--  Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)

Monday, November 11, 2013

Ahmad Busu Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia Akibat Strok (Gambar)

Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad. Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.


Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital. "Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak. mstar

-- Mohd Raffli Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak Tiga Das Depan Rumah (Gambar)
-- Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)

Sunday, November 10, 2013

Mohd Raffli Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Ditembak Tiga Das Depan Rumah (Gambar)

"Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 Ahad. Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.


Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.

Guard Tembak Norazita Ditahan Di Johor Suami Mangsa Harap Hukuman Setimpal

Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.


"Syabas, pasukan Ops Cantas Bukit Aman telah berjaya tangkap pembunuh/perompak kejam AmBank di Johor pagi ini. Terima kasih rakyat Malaysia yang membantu PDRM," katanya dalam laman Twitter rasminya pada Ahad.

Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda (Gambar)

Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara Fizo Omar sah bergelar suami kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim. Majlis pernikahan pasangan itu telah berlangsung dalam suasana meriah di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad. Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.


Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan Mawar telah menerima mas kahwin sebanyak RM506. Dalam pada itu, Fizo ketika ditemui berkata, dia sangat bersyukur telah selamat bergelar suami kepada Mawar dan mengharapkan perjalanan hidupnya lebih teratur dan diberkati selepas ini.

Pertunangan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda (Gambar)

Tahniah buat Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim melangsungkan pertunangan 9.11.13. Pasangan yang sama cantik sama padan kan. Dua dua cute gitu.


Hari ni pernikahan Fizo Omar dan Mawar Fareeda disiarkan secara langsung di TV9 program Nasi Lemak Kopi O. Tahniah buat mereka.

-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)