ad ld

Tuesday, May 28, 2013

Feri Pulau Pinang Dari Butterworth Ke Port Weld Best Ke?

Feri Pulau Pinang uols penah naik tak? Best kan dapat tengok laut camtu, Jambatan Pulau Pinang pun nampak gak dari jauh. Memang nice view. Weekend lepas ni, bawa Tokma gi jalan jalan Penang sebelum balik Kota Bharu.


Nak singgah Bukit Bendera tapi hujan rintik rintik pastu bertukar lebat so x jadi la naik Penang Hill. Sempat la ronda ronda Taman Padang Kota Lama, Fort Cornwallis, Komtar, Bukit Jambul dan semestinya beli stok Jeruk Pak Ali la kan.


Nampak sayup je kan bangunan di Pulau Pinang tu masa mula mula feri gerak dari jeti Butterworth. Pergi Penang dengan feri pastu balik ikut Penang Bridge plak, best woo.hehe.

-- Kepala Anak Tertikam Gunting Ketika Ibu Bapa Bergaduh (Gambar)
-- Pernikahan Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Di Masjid Kristal (Gambar)

Tuesday, May 21, 2013

Gajah Melenggang Di Tepi Jalan Di Tanah Merah Kelantan

Bukan senang dapat tengok gajah sedekat tu selain dari kat zoo kan. Kalo kat bandar tu orang bersiar siar naik motor or kereta kan, ni dorang bersiar waktu petang naik Gajah beb. Kelass ko Jah..hehe. Ni masa on the way balik Kota Bharu dari Kedah. Sg Petani - Baling - Grik - Tasik Banding - Batu Melintang - Jeli - Bukit Bunga - Tanah Merah - Ketereh - Kota Bharu. Amacam! Banyak kan check point yang perlu lalu tu perhhh.


Ada bran tengok live camtu beb? Mulanya ingat ada eksiden or roadblock tengok jalan jammed dari simpang Rantau Panjang sampai ke Batu Gajah. Ohh patut la situ nama Batu Gajah, masa dulu gajah banyak kot..hehe.  Gambar ni Hanim yg snap, siap suruh papa dia stop jap, nak tengok gajah lebih dekat katanya. Kat Kedah xde zoo pun kan. Alahai anak, x tahu nak jawap apa soklan tu..hhuhu.

Saturday, May 18, 2013

Sharudin Ahmad Calon BN Dun Selinsing Meninggal Dunia

Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu. Sharudin juga merupakan calon BN bagi DUN Selinsing pada pilihan raya lalu.


Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang. Pada Jumaat, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Sharudin di Hospital Taiping.

- Sharudin Ahmad Calon Dun Selinsing Meninggal Dunia Ketua Pemuda Bagan Serai (Gambar)

Sharudin merupakan pemimpin muda yang agresif dan progresif di Perak terutama bagi memperkasakan belia di daerah Kerian. Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din dengan majoriti 809 undi. mstar

-- Sharudin Ahmad Calon Dun Selinsing Meninggal Dunia Ketua Pemuda Bagan Serai (Gambar)
-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)
-- Siti Sarah Bersalin Anak Kedua (Gambar)
-- Nik Suryani TV3 Dan Saiful Bukhari Berkahwin Di Masjid Kristal 25 Mei

Thursday, May 16, 2013

Hadiah Hari Guru 2013

Hari Guru 16 September memang ditunggu tunggu oleh warga sekolah especially murid n pelajar kan. Selain teruja nak bagi hadiah untuk cikgu masing masing, hari tu gak dapat la tengok cikgu menyanyi ke, bersyair ke, kena lompat katak lompat bintang pun ada la kan. Sporting gitu. Sejak Hanim mula tadika dulu, hari guru bawak cup cakes untuk semua cikgu tadika dia, tapi tahun ni dah darjah 1 senang beli hadiah je lah coz mama bz skit layan twins so xdan nk buat cup cake la.huhu.


Beli hadiah pun yang simple je, jenuh gak cukupkan semua cikgu dia sekejap kira ada 6org pastu 8 org plak senang beli cukup 10. Ada lebih buat spare kan. Demand gak la gegirl ni nak cari hadiah, pen x nak katanya ramai dh classmates hanim bagi pen kat cikgu. Try mama papa fikir idea lain ada lebih menarik tak? Amboiii baik punya statement dia kan. Decide la beli bekas air tu, Hanim pun setuju tapi ada syarat gak dia yg pilih kaler. Papa dia tanya nape x ambik kaler sama? Hanim kata utk cikgu perempuan kaler pink or biru, utk cikgu lelaki kaler apa pun xpe tapi selain pink n biru la. Alahai anak papa, kata papanya sambil geleng kepala. Kih3..


Lepas settle cari semua tu, Hanim pun nak hadiah gak katanya. Ni hah, lama dah x naik ni since sibuk dengan twins. Layan je la kan.

P/s: Selamat Hari Guru untuk semua cikgu cikgu di Malaysia. Sesungguhnya jasamu amat besar dlm mendidik anak bangsa.

Wednesday, May 15, 2013

Hari Ibu Bersantai Di Cinta Sayang Resort

Ibu tentunya insan yang sangat berjasa dalam kehidupan kita kan. Tak dapat digambarkan caranya nak balas segala jasa dan pengorbanan ibu terhadap anaknya. Sungguh bertuah dan beruntung bagi kita yang masih punyai ibu, dapat berbual mesra, nikmati masakan kegemaran dan perolehi keberkatan doa seorang ibu. Hargailah masa yang ada utk berdamping dgn ibu. Semasa kita semakin dewasa, ingatlah waktu itu juga ibu bapa kita semakin tua.


Hari Ibu weekend lepas, kebetulan my Ma masih ada kat sini so my En Ery ajak gi lepak Cinta Sayang Golf and Country Resort sama sama. Mulanya Ma x nak ikut, bagi orang muda muda je lah gi hotel katanya..hehe. Lepas En Ery mengayat baik punya mak mentua dia, Ma pun setuju join sekali.

Sebaik confirm booking dua bilik, terus packing2. Mulanya nak lipat gak la pakaian si twins Husna dan Hanis tu tapi papa cakap angkut sekali dgn bakul la senang, pastu bawa gak dua dua buai tu sekali letak dlm kereta kan senang. Perhhh mmg x penah terfikir pun nak gi bercuti dgn anak kembar camni..ekeke. TokMa pun terkejut sat dengar idea menantu dia tu, Ye ke ni? Layan je lah.

Sampai kat resort, rupanya bilik kami tu dekat je dgn parking lot, so bertambah senang la nak loading, angkut segala buaian dan bakul tu. Masuk je bilik nampak makin happy la Hanim dan TokManya, bilik TokMa plak kat sebelah je, boleh main lompat2 ikut pintu bersambung dlm bilik tu.


Hanim pun macam biasa la tanya ada swimming pool kat sini Mama? Puas hati la Hanim papa dia layan sejam lebih duk berendam dalam kolam tu.

-- Balik Kampung Berpantang
-- Hanim Dan Adik Adik Kembarnya Di Kota Bharu Lovely Moment
-- Si Kembar Di Kota Bharu Indahnya Makin Membesar
-- Bayi 6 Bulan Makan Nestum Dah Husna Dan Hanis 

Monday, May 13, 2013

Balik Kampung Berpantang

Ni baru nak citer kronologi balik kampung untuk berpantang hari tu, chewahh kronologi la sangat kan..huhu. Sebenarnya balik lepas 2 minggu bersalin sebab duk main masuk keluar klinik - hospital check jaundice my twins Husna dan Hanis tu beb. Hanim dulu seminggu je ada jaundice, twins ni lama skit.


Bertolak petang around 3pm, lewat sbb tunggu result check fungsi hati twins dari hospital. Ekceli doktor ambik sampel darah utk check tu sbb masa Hanis kena admit ward jaundice cecah 323. Doktor kata akan call sebaik dapat result. Alhamdulillah lps 2 jam, doktor call cakap everything just fine ok je. Ya Allah lega sangat masa tu.


My En Ery ni kata hari ni drive slow slow je dalam 6 jam sampai la kampung. Pemanduan berhemah hari ni katanya. huhu. Ye sangat la tu dari Sg Petani ke Tasik Banding Grik sejam lbh je dia drive, mintak2 xde speed trap la. Rehat jap di Hentian Puncak Titiwangsa, sembahyang dan sempat gak beli pau yg sedap kt situ. Pastu teruskan perjalanan dan selamat sampai kampung tercinta kul 8 mlm cun cun 5 jam. Alhamdulillah.

-- Hanim Dan Adik Adik Kembarnya Di Kota Bharu Lovely Moment

Wednesday, May 8, 2013

Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)

Datuk Seri Azizan Abdul Razak bekas Menteri Besar Kedah dilaporkan berada dalam keadaan tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Kritikal CCU Hospital Pulau Pinang HPP.


Bekas Setiausaha Akbarnya, Mohd Helmi Khalid mengesahkan Azizan dimasukkan ke HPP petang Selasa. Difahamkan Datuk Seri Azizan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre KMC kerana jangkitan kuman di kaki.

Dalam PRU 13 beliau mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau dengan menewaskan sepupunya Fazilah Mohd Ali dgn majoriti 2774 undi. mstar

-- Keputusan PRU 13 Kedah Mukhriz Menteri Besar Kedah
-- Dato Nik Aziz Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan Lantik Datuk Ahmad Yakob
-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)


Tuesday, May 7, 2013

Idris Haron Ketua Menteri Melaka Baru Ganti Ali Rustam Tewas Pru 13

Datuk Idris Haron dilantik Ketua Menteri Melaka yang baru menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas mengejut di kerusi Parlimen Bukit Katil dalam pru 13 Melaka. Idris Haron menang sebagai Adun Sungai Udang menewaskan calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9131 undi.


Datuk Wira Idris Haron juga merupakan Ketua Bahagian Umno Tangga Batu genap usia 47 tahun pada 13 Mei ini berkelulusan bidang kejuruteraan elektrik dari University of Texas Amerika Syarikat.

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan dilantik Pengerusi Perumahan Negara Berhad.

-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)
-- Dato Nik Aziz Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan Lantik Datuk Ahmad Yakob

Dato Nik Aziz Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan Lantik Datuk Ahmad Yakob

Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan dan melantik timbalannya Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. Ini merupakan satu kejutan terutama bagi rakyat Kelantan dan khasnya ahli PAS sendiri. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz sangat disanjung dan dihormati di Kelantan bukan sahaja kerana ilmu agamanya yg tinggi bahkan cara hidup sederhana amalan beliau. Pimpinan TGNA sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun ini berakhir dgn melepaskan jawatan tersebut atas faktor usia dan kesihatan.


Menteri Besar Kelantan yang baru iaitu Datuk Ahmad Yakob adalah Adun Pasir Pekan dan telah jalani angkat sumpah sbg MB baru semalam di Istana Kubang Kerian. Barisan exco-exco baru juga telah dilantik tetapi pemimpin kanan Dato Husam Musa digugurkan dari senarai exco.

Penguguran Dato Husam Musa juga boleh dikatakan satu kejutan kerana Dato Husam Musa individu kedua paling femes di Kelantan slps Tuan Guru Nik Aziz di kalangan ahli PAS.

Apapun, perubahan yg agak banyak berlaku hasil PRU 13 di seluruh Malaysia ini bakal mewarnai senario politik negara sekurang kurangnya untuk tempoh 5 tahun akan datang. Semoga Malaysia terus aman, harmoni dan rakyat dapat jalani kehidupan dgn lebih bahagia.

-- Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Masuk CCU Hospital Pulau Pinang (Gambar)
-- Keputusan PRU 13 Kedah Mukhriz Menteri Besar Kedah
-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)

Monday, May 6, 2013

Keputusan PRU 13 Kedah Mukhriz Menteri Besar Kedah

Barisan Nasional BN kembali membentuk kerajaan di Kedah selepas memenangi majoriti kerusi Dun mengatasi Pas. Datuk Mukhriz Mahathir yang menang kerusi Dun Ayer Hitam mengalahkan calon Pas dengan majoriti 2446 undi bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.


Mohamad Sabu a.k.a Mat Sabu pula yang bertanding di kerusi parlimen Pendang tewas mengejut kepada calon BN walaupun Pendang disifatkan tempat selamat bagi Pas. Keputusan pilihan raya Kedah menunjukkan persaingan sengit di antara calon calon bertanding kerana jurang undian yang diraih tidak lah begitu besar.

Pastinya kepimpinan Datuk Mukhriz akan membawa pembaharuan di Kedah.

-- Dato Nik Aziz Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan Lantik Datuk Ahmad Yakob
-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)

Keputusan Pilihan Raya 13 Kelantan Tan Sri Annuar Musa Menang Parlimen Ketereh

Keputusan Pilihan Raya Umum PRU 13 Kelantan menunjukkan beberapa kejutan seperti kemenangan Tan Sri Annuar Musa di kerusi parlimen Ketereh mengalahkan penyandang Hj Abdul Aziz Kadir yang pernah digelar The Giant Killer kerana mengalahkan Annuar dalam PRU 12.

Ini bermakna Annuar kembali berpeluang bersuara di peringkat parlimen. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula terus mengekalkan kerusi DUN Cempaka dengan majoriti lebih besar 6,000 ++.

Barisan Nasional juga menang di kerusi Machang dan Dato' Mustapha Mohamad turut berjaya mengekalkan kerusi Parlimen dan Dun Jeli.

Kelantan terus diterajui kepimpinan PAS yang menang majoriti mudah.

-- Azlan Man Menteri Besar Perlis Baru Adun Pauh (Gambar)

Sunday, May 5, 2013

Cara Claim Duit Balik Mengundi PRU 13 Pengundi Luar

Balik mengundi tentunya melibatkan kos antaranya duit minyak, tol, makan minum, tiket perjalanan pergi balik dan selenggara kenderaan kan. Ada juga timbul cakap cakap dapat claim duit balik mengundi untuk pengundi luar di kawasan masing masing. Ada cakap ia bukan duit claim tapi just sebagai saguhati untuk para pengundi yang sanggup balik dari jauh.

Cara claim duit balik mengundi PRU 13 tu macam mana ya? Ada cakap jumpa penghulu la, ada perlu isi borang la, jumpa orang kuat parti kawasan tersebut la dan byk lagi cara cara yang sering disebut di facebook kan.

Uols penah tak dapat duit balik mengundi camtu? Macam mana dapat ekk? Kongsi kongsi la skit caranya kat sini..hehe.

Selamat Mengundi Untuk Semua!!!

-- Dato Nik Aziz Letak Jawatan Menteri Besar Kelantan Lantik Datuk Ahmad Yakob
-- Zain Saidin Bertengkar Dgn Chef Jo Dlm Masterchef Selebriti Malaysia 2
--Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)