ad ld

Monday, October 20, 2014

Farhan Juara Dai Musim Kedua Raih RM50 Ribu (Gambar)

Farhan muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Da'i musim kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.


Kemenangan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 24, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta hadiah sampingan lain.

Manakala dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Ammar dan Da'i Izzhar terpaksa berpuas hati dengan hadiah saguhati berupa wang tunai RM5,000 setiap seorang dan hadiah sampingan. Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan oleh tiga juri tetap iaitu Zainal Ariffin, Sharhan Safie dan Harryanto Rizal Rokman. Manakala Datuk Siti Nor Bahyah muncul sebagai juri jemputan.


Farhan yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah. "Ilmu yang saya dapat sepanjang berada dalam program ini sudah cukup besar ertinya kepada saya apatah lagi kemenangan pada malam ini. "Ini adalah rezeki daripada Allah dan berkat doa kedua ibu bapa, keluarga dan penyokong," ujarnya.

Pertandingan akhir itu dimulakan dengan alunan merdu para finalis mempersembahkan bacaan lagu Asmaul Husna. Ia dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor.

Tiga finalis tersebut diuji dengan tiga segmen iaitu menyampaikan tazkirah selama empat minit menerusi soalan dilontarkan oleh selebriti jemputan seperti Beego, Fattah Amin, Amar dan Issey. Manakala pada segmen kedua mereka perlu menjawab lima soalan daripada juri dan seterusnya tazkirah selama tiga minit secara spontan.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran juara Da'i musim pertama, Nor Abidah Rozain yang menyampaikan tazkirah istimewa dan persembahan nasyid daripada Azhari (Nowseeheart) dan kumpulan Algebra. mstar

--  Najwa Mahiaddin Bertudung Selepas Tunai Haji (Gambar)
--  Syaleza Jaffar TV9 Mati Akibat Leher Dijerut Bukan Menggantung Diri
--  Aril AF Nikah Pramugari Puteri Erma Edlinda Di Wakaf Che Yeh (Gambar)
--  Liyana Jasmay Bersalin Anak Perempuan 2.9kg Di Prince Court

No comments: