ad ld

Monday, March 30, 2015

Awal Ashaari Kemalangan Di Melaka Kereta BMW Remuk (Gambar)

Kereta yang dinaiki pengacara Awal Ashaari bersama seorang rakan rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Hentian Rawat n Rehat (RnR) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan, pagi Ahad.

Menurut wartawan Melodi, Zuan Azmi, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi ketika mereka dalam perjalanan ke program Jom Heboh bagi mengacarakan rancangan Melodi.

Scha Alyahya Panik Anaknya Lara Alana Tersedak Susu

Scha Alyahya memberitahu beberapa kali berada dalam keadaan cemas apabila anaknya Lara Alana yang kini berusia 7 bulan tersedak susu.


Scha, 32, berkata, selepas kejadian pertama, dia dan suaminya pengacara Awal Ashaari belajar sedikit sebanyak tentang teknik apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

Pernikahan Sharifah Sakinah Dan Aliff Adha Di Hotel Shangri La (Gambar)

Sharifah Sakinah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri-La di Putrajaya kira-kira pukul 5.56 petang Sabtu.


Sakinah, 26, dinikahkan oleh bapanya sendiri Syed Abu Bakar di hadapan Imam Masjid Wilayah Putrajaya, Ustaz Fairuz Suhari.

Thursday, March 26, 2015

Mr Os Masih Hidup Hanya Buat Pembedahan Tonsil

Mr Os semakin pulih selepas dimasukan ke Hospital Selayang selama lapan hari sejak 14 Mac lalu kerana menjalani pembedahan penyakit tonsil.

Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, ketika dihubungi berkata, dia kini semakin sihat selepas membuat pembedahan penyakit itu. Ia sekali gus menamatkan spekulasi tidak benar di media-media sosial mengatakan pelawak itu meninggal dunia.

Wednesday, March 25, 2015

Majlis Aqiqah Anak Diana Amir (Gambar)

Majlis kesyukuran dan aqiqah cahaya mata sulung Diana Amir, Khaulah Al-Azwar berlangsung meriah di kediaman pasangan ini yang terletak di Setia Alam, Selangor.


Turut memeriahkan majlis ini adalah ahli keluarga serta rakan-rakan Diana dan suaminya.

Bayi Duyung Di Hospital Pontian Cerita Palsu (Gambar)

Penyebaran berita seorang bayi yang dilahirkan dengan memiliki kaki seperti seekor ikan duyung di Hospital Pontian, semalam disahkan sebagai tidak benar.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, semakan kelahiran di Hospital Pontian mendapati tiada kelahiran dicatatkan pada hari kelmarin, seperti yang didakwa oleh berita palsu berkenaan.

Tuesday, March 24, 2015

Nori Isteri Khairy Jamaluddin Bersalin Anak Ketiga (Gambar)

Nori Tun Abdullah, isteri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, hari ini selamat melahirkan cahaya mata ketiga pasangan itu, seorang bayi lelaki.


Berkongsi berita gembira itu dalam akaun Twitter beliau, Khairy berkata anak lelakinya itu dilahirkan pada 3.53 petang.

Bakar Kalori Secara Percuma Setiap Minggu

Acara bakar kalori secara percuma disediakan setiap minggu di kebanyakan pasaraya dan pusat membeli belah di Sungai Petani. Penyertaan memang percuma, parking kereta pun xyah bayar. Acara bermula 10pagi hingga 10malam. Lebih efektif jika bawa anak2 bersama dan anak pulak jenis aktif x kira masa macam Husna dan Hanis ni hehe.


Monday, March 23, 2015

Lee Kuan Yew Meninggal Dunia (Gambar)

Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia pada pukul 3.18 pagi Isnin di Hospital Besar Singapura, umum Pejabat Perdana Menteri. Beliau berusia 91 tahun.


Menurut Pejabat Perdana Menteri, anaknya iaitu Perdana Menteri Lee Hsien Loong, amat berdukacita dengan kematian itu. Hsien Loong dipetik sebagai berkata, proses pengebumian dan urusan tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.

Pertunangan Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen (Gambar)

Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang telah selamat melangsungkan pertunangan mereka semalam.


Majlis pertunangan itu telah berlangsung di kediaman keluarga Hanis yang terletak di Bukit Jelutong lewat petang semalam.

Thursday, March 19, 2015

Anak Diana Amir Bernama Khaulah Al Azwar (Gambar)

Diana Amir dan suami mendedahkan wajah dan nama anak sulung mereka yang dilahirkan pada 8 Mac lalu. Pasangan ini telah memberikan nama Khaulah Al-Azwar kepada anak perempuan mereka.


Diana dan suami, Habib Bullah A. Rahman telah mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2013 dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Diana dan suami. Semoga kehadiran orang baru ini akan menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

--  Dazrin Kamarudin Kemalangan Jalan Raya (Gambar)
--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
--  Gambar Lisa Surihani Dan Yusry Bulan Madu Di Zurich

Wednesday, March 18, 2015

Cara Mengenali Milo Asli Dan Tiruan Dengan Bungkusan (Gambar)

Milo Malaysia memberitahu cara mudah untuk membezakan bungkusan Milo asli dengan bungkusan Milo palsu, semalam.


Pendedahan melalui laman Facebook 'Milo Malaysia' berkenaan memberitahu bahawa bungkusan plastik Milo asli dilakukan oleh mesin dan bahagian atas bungkusan tersebut tidak sempurna.

Tuesday, March 17, 2015

Jet Eksekutif ACJ320 Dibeli Menggantikan Jet Boeing 16 Tahun - JPM (Gambar)

Jabatan Perdana Menteri pada Isnin menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.


JPM dalam satu kenyataan berkata kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun. Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

Black Eyed Peas, T-Ara Dan Sistar Di Danga Bay Sempena Kemahkotaan Sultan Johor

Kumpulan hip hop terkenal Amerika, Black Eyed Peas, dan artis pop wanita Korea, T-Ara, akan mengadakan persembahan pada festival muzik percuma di Danga Bay bersempena istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.


Acara itu itu juga akan menampilkan beberapa artis terkenal lain seperti Rossa dari Indonesia, Sistar (Korea), "Fuying  and  Sam" (Taiwan) dan penghibur tempatan yang diminati ramai seperti Sheila Majid, Jacklyn Victor, Penny Tai, Shila Amzah dan Nicole juga akan menghiburkan penonton pada konsert percuma itu yang bermula 26 Mac.

Sunday, March 15, 2015

Dua Pesawat Indonesia Terhempas Di Langkawi Lima 2015 (Gambar)

Dua pesawat pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia dilaporkan terhempas ketika melakukan latihan sempena Pameran Maritim Dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 di Langkawi, Ahad.


Dalam insiden pukul 2 petang itu, dua pesawat jenis KAI KT-1B Woongbi bertembung antara satu sama lain sebelum terhempas. Kepulan asap dapat dilihat di lokasi kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pernikahan Hanez Suraya Dan Romie Razin Di Masjid Putra (Gambar)

Hanez Suraya sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Rais dengan sekali lafaz tepat pukul 11.25 pagi pada majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Putra Putrajaya pada Sabtu.


Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, dinikahkan oleh bapanya sendiri, Abdul Aziz Mohd Said di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat.

Friday, March 13, 2015

Ambil Duit RM1000 ATM Kena GST RM60? Betul Ke?

Auta - Satu gambar resit pengeluaran wang daripada sebuah syarikat perbankan dan mesej telah menjadi viral dan tersebar berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan bermula 1 April ini.


Berdasarkan mesej di gambar tersebut, secara automatik wang yang dimasukkan di Bank akan dikenakan GST apabila wang tunai dikeluarkan menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM). "Keluar duit sendiri pun kena GST, kalau keluar RM1,000 kita akan dikenakan GST RM60," menurut mesej yang disertakan di gambar yang disebarkan secara meluas baru-baru ini.

Wednesday, March 11, 2015

Diana Amir Bersalin Anak Perempuan 3.12Kg (Gambar)

Diana Amir selamat melahirkan bayi perempuan sulungnya seberat 3.12 kilogram awal pagi 8.3.2015. Berita gembira itu dikongsi Diana melalui laman sosial Instagramnya.


Namun menurut Diana bayi yang lahir jam 5.45 pagi itu masih belum diberikan nama.

Majlis Resepsi Yana Samsudin Dan Fadzil Di Jitra (Gambar)

Foto-foto menarik sekitar majlis bertandang pelakon Yana Samsudin yang diadakan bagi pihak suaminya Fadzil Zahari di Jitra Kedah.



Menerusi foto-foto yang dikongsi bersama peminatnya, majlis dilihat berlangsung meriah dengan kehadiran saudara mara serta rakan pasangan ini.

Tisu Didakwa Milik MH370 Ditemui Di Pantai Australia (Gambar)

Sekumpulan pakar sedang menjalankan pemeriksaan ke atas kertas tisu yang ditemui di sebuah pantai di Australia Barat yang dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang.


Kertas tisu yang kecil dan lembap itu dihantar ke Canberra, ibu negara Australia untuk pemeriksaan selepas ia ditemui oleh satu pasangan yang ketika itu sedang bersiar-siar di pantai.

Pelajar Mati Terjun Tingkat 10 Sekolah (Gambar)

Mayat seorang remaja lelaki ditemui dalam keadaan berlumuran darah sekitar tengah hari di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa.


Ekoran putus cinta dan tertekan, pelajar berusia 17 tahun itu dipercayai terjun dari tingkat 10 bangunan sekolah yang terletak di Jalan Kuchai Lama ketika waktu persekolahan.

Dazrin Kamarudin Kemalangan Jalan Raya (Gambar)

Dazrin Kamarudin dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya semalam. Hal itu dikongsi Dazrin menerusi akaun Instagram miliknya yang mana memaparkan keadaan diri dan keretanya.


Dalam masa sama, sahabat Dazrin yang juga seorang penyanyi dan pelakon, Salwa Razak memaklumkan kemalangan tersebut berpunca daripada keadaan Dazrin yang mengantuk.

Monday, March 9, 2015

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia Rebah Di RnR Bukit Merah (Gambar)

Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Merah, Perak arah selatan kira-kira pukul 5 petang, Ahad.


Pelakon Den Wahab ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu namun tidak dapat memberi butiran lanjut tentang kejadian mengejut itu.

Sunday, March 8, 2015

Muhamad Wanndy Kaki Perempuan Berubah Alim - Rakan Sekolah (Gambar)

Kediaman anggota militan Negara Islam (IS), Muhamad Wanndy Muhamad Jedi pernah didatangi individu berkelakuan mencurigakan dan seolah-olah ada perjumpaan rahsia di situ sebelum dia berlepas ke Syria.


Hanya selepas tersebarnya video Muhamad Wanndy merakamkan aksi seorang lagi rakyat Malaysia bergambar bersebelahan mayat lelaki yang kepalanya dipenggal kumpulan pengganas itu beberapa hari lalu, semua persoalan itu terjawab.

Saturday, March 7, 2015

Che Ta Bertudung Selepas Balik Umrah (Gambar)

Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baharu selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Zain Saidin.


Pengurus Rozita, Afeeq Abdul Wahab di portal berita Astro Gempak mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya.

Benjy Ditahan Kali Ketiga Disyaki Miliki Dadah Turut Ditemui Pistol Di Hotel

Benjy telah ditahan bersama dua individu lain di sebuah hotel di ibu negara kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK Kuala Lumpur menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar mengandungi bahan yang disyaki dadah jenis syabu.

Thursday, March 5, 2015

Raja Abdul Aziz Bekas Akauntan Negara Meninggal Dunia (Gambar)

Bekas Akauntan Negara Datuk Seri Raja Abdul Aziz Raja Salim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi Rabu.


Jurucakap Istana Terengganu berkata Allahyarham, yang juga ayahanda saudara kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, meninggal dunia kira-kira 1.15 pagi.

Wednesday, March 4, 2015

Klinik Bagi MC Kerana Chicken Chop (Gambar)

Klinik di Sg Buloh tersilap mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada seorang pelajar sehingga menjadi bahan lawak jenaka di media sosial. MC tersebut diberi untuk mengesahkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Sg Buloh itu menghidap demam campak dan diberi cuti lima hari.


Tetapi MC tersebut yang ditandatangani doktor klinik itu ditulis chicken chop bukannya chicken pox iaitu demam campak. Hehe memang lawak beb.

--  Rosniza Terjun Dari Kereta Bekas Suami Meninggal Dunia Di ICU 
--  Budak Mati Tersepit Lif Di Perumahan Awam Desa Tun Razak
--  Bayi 4 Bulan Mati Di Taska Di Desa Pinggiran Putra (Gambar)
--  Wanita Dilarikan Ke Indonesia Hampir Sebulan Nur Idayu Aziz

Tuesday, March 3, 2015

Rosniza Terjun Dari Kereta Bekas Suami Meninggal Dunia Di ICU

Wanita yang terjun dari kereta bekas suaminya dan kemudian dilanggar sebuah kereta lain pada 26 Februari lepas meninggal dunia petang Isnin.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata Rosniza Fadzil, 30, meninggal pada pukul 4.06 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Beliau berkata kes tersebut akan siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ustaz Dihukum Gantung Belasah Murid Tujuh Tahun Sampai Mati (Gambar)

Seorang warden asrama dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang murid tahun satu di Arau, Perlis, empat tahun lalu.


Datuk Mohd Zaki Abd Wahab selaku Pesuruhjaya Kehakiman menjatuhi hukuman mati kepada Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Monday, March 2, 2015

Berfoya Foya Di Taman Jubli Perak Sp

Cuti hari minggu memang bawak rakyat2 jelata ni kuar jalan jalan. Kalau x, bila sampai tahap tepu dorang akan jadi super aktif kat umah. Maka abis la berterabur brg mainan, bantal selimut, periuk kuali dikerjakan tiga beradik tu.


Langkah lebih baik bawa dorang bersiar siar kat playground or 1-2 malls, haa layan la ikut suka dia nk lompat ke berlari ke huhu. Taman Jubli Perak Sp ni x jauh dri umah, dalam 10minit je tp nk parking agak susah sbb org ramai. Kalau sekali pusing je dah dpt park, tu kira nasib baik la. 

View cantik udara segar tambahan plak ada alatan mainan yg ditukar baru memang menjadi tumpuan warga sg petani setiap hujung minggu la kan. Rusa pun ada beb.

--  Cenang Langkawi Apa Yang Menarik?
--  Lisa Surihani Mengandung Anak Kembar? Apa Komen Lisa?
--  Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana