ad ld

Monday, September 7, 2015

Pernikahan Raja Farah Dan Iskandar Ismail (Gambar)

Raja Farah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail 33 dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51pagi Ahad. Majlis pernikahan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Ampuan Jemaah dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.


Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah. Raja Farah menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas manakala wang hantaran dirahsiakan. Raja Farah yang menggayakan busana rekaan Ezuwan Ismail itu turut menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Majlis resepsi akan diadakan pada 13 September di Hotel De Palma Ampang. Terdahulu pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu. Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu.

--  Nur Rozi Yanti Cedera Parah Dilanggar Van Pengiring Kini Stabil Di ICU (Gambar)
--  Spaghetti Menular Di Kampung
--  (Gambar) Perkahwinan Raja Farah Dan Megat Bashirun Datuk Zakaria
--  Gambar Pernikahan Farah AF Dan Johan Johari Di Cruise Tasik Putrajaya
--  Alvin Tan Hina Islam Rakam Video Muslim Call To Prayer Azan RnB Cover (Gambar)

No comments: