ad ld

Wednesday, October 28, 2015

Lelaki Malaysia Mengamuk Di Little Ipoh Melbourne Milik Raja Yasmin (Gambar)

Seorang lelaki tidak berbaju dikenali sebagai 'Panjang' mengepung restoran milik rakyat Malaysia, 'Little Ipoh' di Melbourne selama hampir dua jam pada Selasa, didakwa bersikap mencurigakan selepas datang tanpa wang untuk makan di premis itu.


Perkara itu dimaklumkan oleh pemilik restoran, Raja Yasmin Raja Abdul kepada The Star dalam satu temuramah menerusi panggilan telefon, yang menyampaikan apa yang berlaku seperti diceritakan oleh suaminya dan pengurus restoran yang enggan dikenali.

Thursday, October 22, 2015

Pelajar Nyaris Diculik Di Depan Sekolah Di Sg Petani Terjun Van

Seorang pelajar lelaki tingkatan satu  sekolah agama mendakwa nyaris diculik tiga lelaki di hadapan sekolahnya, kira-kira pukul 4.15 petang Isnin. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mangsa yang berusia 13 tahun memberitahu, dia ditarik dua lelaki untuk masuk ke dalam van berwarna putih yang dipandu seorang lagi suspek.

Mangsa sempat menggigit tangan seorang suspek sebelum melarikan diri dengan terjun keluar dari van setelah mendapati pintu kenderaan itu tidak ditutup rapat. Mangsa yang sedar dia berada di pekan Tikam Batu terus menghubungi bapanya menggunakan telefon awam untuk meminta pertolongan dan dibawa pulang ahli keluarganya," katanya.

Graduan KUIN Meninggal Dunia Beberapa Jam Selepas Terima Ijazah Sarjana Muda Syariah

Seorang graduan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang baharu menerima ijazah, maut dalam kemalangan di kawasan kolej itu, kira-kira 2.20 petang Rabu.


Amir Ukays Dibebaskan Polis Miliki Pistol Tembak Cicak (Gambar)

Amir (Ukays) dibebaskan dengan jaminan polis atas tuduhan memiliki pistol selepas ditahan polis pada  Rabu. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy.


Bagaimanapun katanya, pihak polis akan menyiapkan kertas siasatan berhubung perkara itu sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diputuskan sama ada penyanyi tersebut perlu didakwa atau sebaliknya.

Tuesday, October 20, 2015

Jadual Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2016

Sesi persekolahan akan bermula pada 4 Januari tahun depan di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sekolah di empat negeri itu akan dibuka sehari lebih awal.


Demam Kepialu Meningkat Di KL Apa Punca Dan Gejala Typhoid Jom Tengok

Kementerian Kesihatan pada Isnin mengesahkan berlaku penularan wabak demam kepialu di beberapa kawasan bandar di ibu negara dengan 32 kes direkodkan sejak 18 Ogos lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada semua kes jangkitan itu, Titiwangsa mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4).

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan mula mengesan kes demam kepialu sejak minggu pertama Ogos apabila menerima tujuh notifikasi membabitkan buruh binaan di Cheras yang bekerja berdekatan pusat bandar. Katanya, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan demam kepialu.

Monday, October 19, 2015

Hamidah Juara Dai Musim Ketiga Raih RM50 Ribu Dan Pakej Umrah (Gambar)

Dai Hamidah muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Dai musim ketiga yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Kemenangan Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Ab Razak, 23, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.


Vaksin Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak Perlu Ke?

Semakin ramai ibu bapa yang tidak memberikan suntikan vaksin untuk anak-anak mereka. Bagaimanapun, trend ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan doktor. Mereka menunjukkan bahawa peningkatan risiko terhadap kanak-kanak yang menghidap penyakit, sebenarnya boleh dicegah.


Monday, October 12, 2015

Ujian Memandu Dan Menunggang Di Hari Minggu

Ujian memandu dan menunggang motosikal turut diadakan pada hari minggu seperti sabtu dan ahad. Jadual ujian juga boleh dipilih para calon mengikut kesesuaian masa. Tapi itu hanya berlaku di shopping mall dengan modal dua hengget kih3. Jom kita tengok calon2 yang mengambil ujian hari tu lalala.

Friday, October 9, 2015

Perkhemahan Puteri Islam Hanim Di Sekolah

Kak Hanim masuk Persatuan Puteri Islam kat sekolah dia sebagai aktiviti ko-kurikulum. Sekolah buat program perkhemahan, haruslah join kan. So pagi2 lagi dah sampai sekolah hari minggu tu around 8pagi. Seronok dia join xtvt dengan kawan2 sekolah, nampak meriah je kumpul ramai2 camtu.


Thursday, October 8, 2015

Berfoya Foya Di Kampung

Balik kampung mesti la seronok kan. Lega dan rasa tenang bila dapat tengok wajah mak ayah dan insan2 kesayangan kita kan. Hilang rasa penat dan mood cool je, x gitu uolls? Entry ni masih lagi citer kat kampung balik raya haji ritu, sempat la anak anak 3 ketul tu berfoya foya naik motor dgn papa dorang.


Tuesday, October 6, 2015

Kenduri Di Aidil Adha Di Kota Bharu

Balik kampung raya aidil adha lepas sempat gi kenduri kesyukuran kawan my hubby. Tak jauh dari umah mertua tapi agak lama nak sampai sebab jem beb. Jarak dalam 5km tapi nak dekat sejam baru sampai, musim raya memang camtu lah di Kelantan.

 

Friday, October 2, 2015

Ali XPDC Dan Bandi Amuk Berdakwah (Gambar)

Bandi Amuk dan Ali XPDC mendapat perhatian selepas beberapa perkongsian pelayar di Facebook menyatakan mereka kini berdakwah dan mendalami ilmu agama. "Bila mana rockers pun sudah keluar di jalan ALLAH..Tahniah Bandi Amuk dan Ismail!," kata sebuah perkongsian berserta foto Bandi dan Ali.


Thursday, October 1, 2015

Khir Toyo Bekas MB Selangor Dipenjara Setahun Dihantar Ke Penjara Kajang (Gambar)

Bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo pada Selasa dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12 bulan selepas beliau gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas. Panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata hukuman penjara itu sesuai dan wajar bagi kesalahan itu.