ad ld

Tuesday, December 22, 2015

Adira Sedia Jadi Isteri Kedua Datuk Seri Adnan Selepas 3 Minggu Berkenalan (Gambar)

Adira memberitahu dia membuat keputusan bernikah dan sedia bermadu selepas tiga minggu berkenalan menerusi telefon dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu. Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, berkata, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia bersetuju dengan lamaran tersebut kerana yakin dengan keikhlasan lelaki itu untuk memperisterikannya.


"Terus terang perkenalan kami sebenarnya sangat singat dalam tiga minggu sahaja sebelum dia melamar saya untuk menjadikan saya isterinya. Sepanjang tempoh itu juga saya hanya berjumpa dengannya sebanyak dua kali sebelum dia menyatakan hasratnya hanya menerusi panggilan telefon. Saya terima kerana keikhlasannya dan menganggap apa yang berlaku itu adalah jodoh saya," katanya.

Adira berkata, perkenalan mereka menerusi kakaknya yang juga kenalan ahli perniagaan berkenaan. Dia tertarik dengan Adnan kerana sikapnya yang merendah diri berhubung latar belakangnya dan tidak bercakap buruk mengenai isteri pertama.

"Alhamdulillah perjalanan saya untuk berkahwin dipermudahkan dan saya senang menerimanya kerana sikap jujur dan tidak terlalu berusaha untuk menyakinkan saya. Saya kagum dengannya yang tidak menjadikan isteri pertama sebagai alasan untuk berkahwin dan tidak pernah dia memburuk-burukkan wanita itu kepada saya. Selebihnya biarlah saya simpan untuk pengetahuan diri saya sahaja," ujarnya.

Jelas Adira keluarganya juga merestui hubungan mereka berdua malah diterima baik oleh isteri pertama Adnan. "Alhamdulillah seperti saya katakan tadi semuanya berjalan lancar walaupun semuanya berlaku dalam masa singkat. Biarpun kami tidak sempat bercinta tetapi Insya-Allah berkasih sayang selepas berkahwin lebih baik,"katanya.

Adira sebelum ini pernah bertunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin pada 22 Disember tahun lalu namun ikatan berkenaan putus pada pertengahan April lalu. mstar

-- Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
-- Siti Nordiana Bangkit Di Gegar Vaganza 2 (Gambar)
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar) 

No comments: