ad ld

Thursday, February 26, 2015

Cenang Langkawi Apa Yang Menarik?

Cenang kawasan paling fofular kat Langkawi kan. Pantai cenang tu kira hotspot la antara tempat wajib singgah utk sesape yg smp langkawi betul tak? First time bawa kembar Husna Hanis mai Langkawi, haii boleh tahan la kepung dorang sana sini, lenguh kaki jugak la.


Sbelum ni bawa kakak Hanim boleh lagi nk lenggang2 kangkung pun, tp skang ni xleh dah, stamina kena fit kih3. Ok lah, lps main pasir kat pantai cenang tu, kita jalan kaki plak sekitar tu cuci mata sambil masuk keluar kedai yang ada sepanjang jalan cenang. Cantik xyah citer la semua benda nampak comey cute je kat situ.

Penat berjalan, kita minum la dulu. Kedai makan mmg byk kat situ, tp kedai ala siam jugak pilihan kami hehe.

--  Bayi 11 Bulan Demam Muntah Dan Cirit Birit Apa Nak Buat?
--  Haji Ismail Group Langkawi Jom Shopping Coklat @ Cuti Cuti Langkawi
--  Pernikahan Tengku Amalin Dan Pengiran Muda Abdul Qawi (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar) 

Wednesday, February 25, 2015

Si Kembar 2 Tahun Dah Happy Birthday Husna Hanis

Husna dan Hanis ni dah umur 2 tahun minggu lepas. Happy birthday my lovely twins, wishing u hapiness, health n love always. Semoga menjadi anak2 yang solehah, diberkati dan berjaya dunia juga akhirat. Amin.


Pantai Cenang Langkawi seronok dorang main pasir.

--  Cenang Langkawi Apa Yang Menarik?
--  Lisa Surihani Mengandung Anak Kembar? Apa Komen Lisa?
--  Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

Tuesday, February 24, 2015

Lisa Surihani Mengandung Anak Kembar? Apa Komen Lisa?

Lisa Surihani enggan mengulas dakwaan kononnya dia bakal mendapat cahaya mata kembar dan meminta orang ramai mendoakan perkara baik terhadap kandungannya itu.


Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, berkata, dia menerima rezeki ditetapkan oleh Allah sebagai rezeki dalam rumah tangga yang dibina selama tiga tahun itu.

Anugerah Meletop Era 2015 Johan Raih 3 Trofi (Gambar)

Pelawak dan penyampai radio Johan menggondol tiga trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) pada Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.


Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, turut memenangi menerusi kategori iaitu Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP. Dengan kemenangan itu, Johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Azmil Juara Mentor Legend Dayang Nurfaizah Raih RM300 Ribu Dan Kereta Iriz (Gambar)

Malam kemuncak Mentor Legend menyaksikan protege Dayang Nurfaizah, Azmil berjaya merangkul gelaran juara.


Kejayaan ini sekali gus melayakkan Azmil dan Dayang membawa pulang hadiah RM300,000, dua kereta Proton Iriz, RM10,000 baucar Zalora Malaysia, set tv dan trofi.

Thursday, February 19, 2015

Almy Nadia Bersalin Anak Perempuan 3.25kg Di Hospital Columbia

Tahniah diucapkan kepada pelakon Almy Nadia yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidupnya bersama aktor Fizz Fairuz, 16.2.15.


Berita gembira ini disahkan sendiri Fizz menerusi akaun Instagramnya dengan status; "Alhamdulilah... Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami,terima kasih atas semua yg mendoakan." Bayi perempuan dengan berat 3.25 kilogram itu dilahirkan di Hospital Columbia, Setapak jam 6.49 petang tadi. mediahiburan

-- Video Isis Malaysia 69 Gambar Nora Danish Dua Pelajar IPT Ditahan (Gambar)
-- Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil Dato Zahari Di Yong Peng (Gambar)
-- Pernikahan Aril AF Dan Puteri Erma Adlinda Di Kota Bharu Kelantan (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

Video Isis Malaysia 69 Gambar Nora Danish Dua Pelajar IPT Ditahan (Gambar)

Polis telah menahan dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) kerana memuat naik video berbaur provokasi di media sosial kerana mempertikaikan ketelusan sistem kehakiman di negara ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua penuntut IPTA yang ditahan itu merupakan mahasiswa daripada Unisel dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mereka telah ditahan pada Selasa dan akan direman. Beliau berkata demikian di akaun Twitter miliknya, pada Rabu.

Friday, February 13, 2015

Gambar Sekitar Pengkebumian Tok Guru Nik Aziz

Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka kira-kira pukul 10.55 pagi Jumaat.


Turut berada di tanah perkuburan itu ialah isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak serta 10 anak Allahyarham. Jenazah dikebumikan sekitar 10.55 pagi bersebelahan kubur bapanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lepas.

Gambar Jenazah Tuan Guru Nik Aziz Diusung

Perkarangan Masjid Pulau Melaka dipenuhi orang ramai. Solat jenazah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz disempurnakan di masjid tersebut yang bersebelahan dengan rumah arwah.


Urusan pengkebumian jenazah juga dilakukan di Tanah Perkuburan Pulau Melaka yang berdekatan.

--  Gambar Sekitar Ziarah Jenazah Tok Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka
--  Gambar Jenazah Tuan Guru Nik Aziz Diusung
--  Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah
--  Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)  

Gambar Sekitar Ziarah Jenazah Tok Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka

Orang ramai terutamanya warga Kelantan berpusu pusu di Masjid Pulau Melaka menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Puluhan ribu rakyat memberi penghormatan terakhir kepada bekas menteri besar Kelantan ini.


Salam takziah untuk keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yg soleh. Al Fatihah.

--  Gambar Jenazah Tuan Guru Nik Aziz Diusung
--  Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia Di CCU IJN (Gambar)
--  Syaleza Jaffar TV9 Mati Akibat Leher Dijerut Bukan Menggantung Diri
--  Rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah Pilot MH370 Di Laman Seri Disiasat Polis (Gambar)
--  Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar) 

Thursday, February 12, 2015

Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia (Gambar)

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhirnya sebaik dibawa pulang ke kediamannya di Pulau Melaka kira-kira pukul 9.40 malam pada Khamis.


Perkara itu disahkan anaknya, Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebooknya. "Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung," katanya.

Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia Di CCU IJN (Gambar)

Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis. Allahyarham menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari ini.


Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya  di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis. Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM.

Tarif Elektrik Turun Mulai 1 Mac 2015

Kabinet bersetuju untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Mac ini. Penurunan tarif elektrik itu untuk pengguna yang menggunakan 300 kWj dan lebih setiap bulan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, pengguna boleh menjangkakan penjimatan antara RM13.50 dan RM45 dalam bil bulan mereka. Penurunan tarif itu sah sehingga 30 Jun. mstar

--  Salima AF Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
--  Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
--  Isteri Hisyam Hamid Kini Bertudung (Gambar)
--  Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)

Wednesday, February 11, 2015

Salima AF Bersalin Anak Lelaki (Gambar)

Salima yang berkahwin dengan pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre pada Oktober 2013 telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 26 Januari 2015.


Bekas pelajar Akademi Fantasia ini merupakan isteri kedua kepada ustaz tersebut dan pernah memaklumkan dirinya hidup bermadu telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Syed Ahmad Rayyan.

Tuesday, February 10, 2015

Pantai Cahaya Bulan Selepas Banjir Besar Kelantan

Pantai Cahaya Bulan (PCB) memang femes la di Kelantan kan. View cantik, ada banyak tempat makan best especially seafood dan menu paling latest dan meletop skang ni maggi ketam beb. Sape yg datang pcb mesti cuba maggi ketam tapi agak mahal skit around 30-40 hengget semangkuk kau.


Balik kg mcm biasa lah mesti singgah pcb ni, bawak rakyat2 jelata dua tiga ketul tu main pasir pantai. Tapi kali ni gi agak lewat petang dah, tengok ombak je lah xdan nak gali2 pasir gitu. Hanim, Husna n Hanis makin happy kali ni sbb makngah dorang join skali.

Banjir disember 2014 tu teruk gak kat pcb ni, boleh kata hampir 90peratus dinaiki air. Tapi tengok x byk yg berubah mcm kat Kuala Krai, maybe air x gerak laju mcm kat sana kot.

--  Cuti Thaipusam Di Kota Bharu
--  Nurul Wahab Bersalin Tak Cukup Bulan Melalui Pembedahan Anak Lelaki Kedua 2.48kg (Gambar)
--  Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar) 

Monday, February 9, 2015

Cuti Thaipusam Di Kota Bharu

Assalamualaikum.. Jgn silap faham ya, Kelantan x cuti sempena Thaipusam tapi kami di Kedah yg balik bercuti di Kota Bharu hehe. Selasa pagi tu dh ada kat kg, happy sangat jumpa org2 tersayang katakan.


Petang skit kuar gi Kb Mall meronda la kan, memang lengang xde org huhu. Biasa balik kg public holiday perhhh ramai xyah citer la kb nih. Kebetulan lalu depan salun Loreal usha2 tgk xde orang, terus masuk situ.

Lama gak nak siap rambut kakak Hanim nih, si kembar Husna n Hanis pun behave je tgk kakak dorang atas kerusi tu. Nasib baik lah, kalo tak penat gak main kejar2 dgn dua org tu hehe.

--  Pantai Cahaya Bulan Selepas Banjir Besar Kelantan
--  Si Kembar Di Kota Bharu Indahnya Semakin Membesar
--  Erra Fazira: Saya Mmg Mahu Pakai Tudung (Gambar) 
--  Ayu Raudhah Bersalin Anak Lelaki (Gambar) 
--  Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)