ad ld

Sunday, December 10, 2017

Kes Bayi Muntah Teruk Minum Susu Tiruan

Sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dirampas dalam lima serbuan sekitar Johor Bahru, Khamis lepas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Khairul Anwar Bachok berkata serbuan yang dilakukan di lima premis berupa kedai ubat-ubatan dan kedai serbaneka itu merupakan hasil risikan dan pemantauan pengadu iaitu pengeluar susu sebenar sejak Ogos."


Ia susulan aduan yang diterima berkaitan seorang bayi mengalami muntah-muntah yang teruk setelah menggunakan susu ini yang kemudiannya didapati adalah tiruan oleh pihak pengeluar produk ini," kata beliau kepada pemberita di Stor KPDNKK dekat Senai, Ahad.

Menurut Khairul Anwar, tiga dari premis berkenaan didapati menjual susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan nilai rampasan dianggarkan RM42,000." Kotak susu yang disyaki tiruan bercampur dengan kotak susu yang asli di rak jualan. Susu tersebut turut dijual dengan harga yang sama dengan susu pek tulen iaitu sekitar RM200 setiap pek," kata beliau.

Hasil siasatan mendapati pemilik premis perniagaan yang berumur 50 tahun itu, mendakwa tidak mengetahui susu rumusan bayi seberat 1.8 kilogram setiap kotak itu, adalah tiruan. Selain itu, invois pembelian susu rumusan bayi berkenaan menggunakan nama dan alamat syarikat yang palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa. Justeru itu, pihak kami akan mempergiatkan lagi operasi di daerah lain bagi mengesan produk-produk susu rumusan bayi yang tiruan dalam usaha mengenal pasti sumber pengeluar dan produk tiruan ini," kata beliau.

Selain itu, pihaknya juga akan menghantar susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan susu rumusan sebenar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti perbezaan kandungan antara keduanya. Kesemua barangan tersebut disita di bawah Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tujuan siasatan lanjut.

Bagi kesalahan yang dilakukan membabitkan produk tiruan ini denda yang dikenakan sebanyak RM10,000 bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua bagi orang perseorangan bagi kesalahan kali pertama. Bagi kesalahan kali kedua, denda RM20,000 bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. mstar

--  Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
--  (Gambar) Perkahwinan, Persandingan Erneelya Elyana Emrizal Dan Khairul Anuar Hussin
--  Atlet Terjun Wanita Dirogol Jurulatih
--  Majlis Resepsi Izara Aishah Dan Adib Datuk K (Gambar)

No comments: